Uh!! Follow me?

Thursday, July 2, 2009

andai bisa ku undurkan waktu

ecececceceeehhhh
kan main hoh tajuk
wakakkakaka

tapi betul lah
andai bisa ku undurkan waktu
x mo la undur lama2
nak undur dalam 1 bulan je
hermmm

boleh ke gitu?
hermmm

terlalu banyak yang terjadi pada june yang lalu
yang duka/pahit, yang suka
aku bukanlah seroang yang suka tolak takdir
aku juga bukan la seorang yang x tahu bersyukur
tapi

itu lah
andai bisa ku undurkan waktu
mahu sekali aku
perbetulkan
supaya
yang suka tidak TERLEBIH
yang duka tidak TERLALU

andai bisa ku undurkan waktu
mahu ku singkap semula
harus bagai mana permulaan
bulan june ini
harus seperti apa
berakhir bulan june yang lalu

andai bisa ku undurkan waktu
pada 22.06.09
mahu aku pulang ke kampung
mahu aku temui ahli keluarga pak lah
mahu aku rayu minta simpati
bawalah pak lah jauhhh jauhhhh
jauhhh dari keluarga aku
agar cerita
ini dan ini
tidak pernah terjadi

agar perbalahan keluarga yang berlaku
antara keluarga pak lah dan keluarga aku
tidak pernah tercetus

satu aku tidak faham
kenapa kami yang 'mangsa kejadian'
menjadi musuh kepada tali barut penyerang!
sungguh tidak adil
kesian mak
terpaksa lari
demi membawa hati yang luka
terpaksa pergi meninggalkan
anak bungsu yang masih bersekolah
suami yang kena berkerja
demi
membawa sekeping hati yang luka

aku tidak rela
mereka perlakukan mak aku
dan keluarga aku
sengsara seperti ini

mahu aku failkan saman
tapi di larang ahli keluarga lain
kerana segelintir ahli keluarga pak lah
masih di pihak kami
maksud aku
1 keluarga je sebernanya
iaitu keluarga penghulu kampung
bapa saudara kepada pak lah ini
yang masih menyokong kami
jadi mak, abang2 dan ahli keluarga yang lain
masih fikir tentang penghulu kampung ini
jika saman
apa kata dia
sedangkan dia minta kita berbincang secara damai
tapi
damai yang macam mana?

kalo persiaran damai
iaitu jalan ke rumah aku di seksyen 11 tu
aku tahu lah ekekekkeke
oh itu cerita lain


tingkap/ naco telah pun ayahanda uruskan
sudah berganti semula
sudah cantik
elok seperti sedia kala
kami ganti sendiri!
ya... duit kami
biarlah
biar mereka malu sendiri
biar mereka malu dengan orang kampung
biar menjadi umpatan orang kampung
biar
kami bukan lah mahu menuntut ganti rugi tersebut
cukup sekadar ucapan belas dari pihak mereka
ini tidak
kami pula di maki hamun
seperti kami yang rosakkan harta benda mereka pula
pelik betul manusia!

sebenarnya mood aku sudah o.k
mak pun dari sabtu yang lalu telah berada dekat dengan kami
mak ada di rumah abang ngah sekarang
alhamdulillah
hati sudah lega
di kampung ada adik perempuan yang bungsu
tinggal bersama pakcik di seberang jalan
ayahanda lak terpaksa tinggal di kampung juga
kerana tuntutan kerja

x apa lah
asal mak tenang
kami sudah cukup gembira
malam ini pula
mak akan datang rumah aku pulak
ohhh sukanya

sekarang
kami sedang dalam perbincangan
membeli rumah di kampung halaman pula
mak sudah tidak 'lalu' tinggal di rumah kami tu
mak sudah tawar hati mahu menetap di kampung itu
tidak 'selera' nak melihat muka muka
yang telah buat dia kecewa

sayang harta atau sayang mak?
itu soalannya
doakan kami menemui rumah yang selamat yer

hermmm
apa lagi nak cerita ek
oh yea
hari ini sepatutnya office kami tutup
konon-konon je lah
ehehhehe
minggu lepas menerima notis
dari TNB
pemberitahuan tentang
'electric shutdown pada 2hb
dari 8 pagi sampai 6 pagi esoknya, 3hb'
ekekkekekke
tapi boss minta ayu datang buat spotcheck dulu lah
jikalau betul2 confirm
x da bekalan elektrik
baru lah kami semua cuti
kesiannnn ayu.. menjadi mangsa haha
tapi sampai kul 10 pagi
masih ada elektrik pulak
kah kah kah
so aku call TNB bertanya tentang hal ini
rupa rupanya
mereka buat shutdown berperingkat2
so sekcyen 9, kerana banyak office dan kedai
maka kerja2 penyelenggaraan akan
bermula jam 10 malam ini
huarrrrrrrrggghhh
FRUST menonggeng!
eh eh
cover cover
bos terbaca kang
waakkakakaka
sorry bos
manusia memang gini
suka dengar CUTI ni wakakkaka
maka hari ini
kerja!
hahahahhahaha

oh selepas ini
aku harap tidak ada episod duka lagi dalam blog aku
gangu mood, tahu
adehhhh

8 comments:

sweetfiza said...

semoga julai & bulan2 seterusnya membawa bahagia ....
: )

ains said...

harap bulan jun jer la yg jd bulan duka tuk na......

ains said...

sian mak na.... apa pun... ain doa kan na dpt cr sebuah umah... yang lebih selesa n selamat.... amin

Lina Al Sagoff said...

La Tahzan Na...

Fauzieah @ Chome said...

aduhh..baca rintihan kalbu mu na..buat ku pun rasa syahdu jek..sayu jek rasa..nape ekkk..hihihi..
moga pasni takde dah episod duka..

attyfir said...

wahahahha..takdpt cuti..

smoga sinar bahagia senantiasa milikmu na.

miezrina said...

terima kasih semua....

terima kasih sudi membaca....




hihih x baik ooo kak ty golakkan na... ekkekeke

Neeza.Areef said...

ala sabo je la na...hidup kan umpama roda...