Uh!! Follow me?

Friday, June 26, 2009

marahkan orang gila, kita pun boleh jadi gila, tapi bagaimana pula ahli keluarganya yang x pepasal nak melenting tu? Gila juga kah?

kali ni memang marah betul
ni bukan entry entry seronok2
kurang hajar betul!

yes, sekarang pukul 2.24 a.m
buat hapa aku di waktu begini
tidak mengantuk kah
herrrmmmm
baru selesai bermesyuarat secara
calling2
dengan adik beradik aku
apa kami boleh buat kan
kami jauh
tidak termampu untuk ghaib
kuasa halimunan
untuk terus di kala dan tika ini
**bling!!!**
terus muncul terpacak kat kampung kan
kegelisahan ahli keluarga aku
hari ini sampai ke puncak
bila mana

sedari petang tadi pak lah si orang gila
duk ulang ke hulur ke hilir
ke rumah aku yang x der berpenghuni
mujur ALLAH masih melindungi ahli keluarga aku
di jadualkan, hari ini
mak aku ada urusan melawat sedara yang sedang uzur
jadi sedari jam 2 petang mak telah keluar dari rumah
dan hari ini
menjadi sejarah, syaza
adik bungsu pompuan aku
pun mengikut mak
alhamdulillah
jika sebelum sebelum ini
syaza lebih selesa tinggal di rumah
atau berkunjung ke rumah Long aku
yang rumahnya hanya di seberang jalan
lepak2 di sana
rumi, adik bungsu lelaki pulak
macam biasa
keluar berpelesiran
lepak bersama teman2
maka tiada la penghuni rumah kami itu
"ALLAH maha melindungi dan mengasihani"

nak di jadikan cerita
si pak lah ini
terjerit terpekik
entah apa yang di hamunnya
tidak cukup ke rumah kami
dia berkunjung ke rumah Long pulak
gegar pintu rumah itu
ketakutan la isi rumah
kemudian kembali ke halaman rumah kami
kedai mak aku
apa yang dia tidak puas hati
ntah lah

kemudian tepat jam 10 malam
adik bungsu lelaki aku, rumi
pulang ke rumah
mahu membersihkan diri dan tidur
menjadi pelarian di tanah sendiri selama 1 minggu
maka sudah menjadi tabiat ahli keluarga aku
untuk menguncikan rumah
setiap kali masuk dan keluar
sekali lagi alhamdulillah

tabiat baik ini
telah menyelamatkan beliau
dari malapetaka yang, ntah
aku tidak mahu fikirkan
amat dahsyat!

dengan sekejapan sahaja
sejurus selepas adik aku memasuki ruang biliknya
dia mendengar pekikan pak lah
memanggil2 nama ayahanda ku
mak aku
dan nama adik aku sendiri
tidak sempat berbuat apa apa

"praaanggggg!!!!!"
tingkap kaca atau naco telah di pecahkan
adik aku terperanjat bukan kepalang
"praaanggg!!!"
yang lain pula pecah
"prangggg!!!!"
lagi dan lagi
sekeliling tingkap kaca bilik adik telah pecah berderai
dek amukan pak lah gila


menggigil dia
antara takut antara marah
terus menelifon mak aku, 'voice mail'
semasa itu Tie, sepupu aku yang kahwin baru2 ini
sedang engange ngan mak
meminta mak segera pulang
bimbang keadaan adik
yang keseorangan di rumah

(YA ALLAH.... AKU DAPAT BAYANGKAN BETAPA KEDAAN KETIKA ITU AMAT CEMAS!)

kemudian adik menekan nombor pak husin
abang kepada pak lah ini
pun engage
sepantas kilat adik dial no polis yang datang menyiasat baru baru ini
dapat!
alhamdulillah

kemudian dial nombor rakannya
meminta bantuan
oh!!! mahu keluar bertempur keseorangan memang tidak logik
sasanya pak lah memang tidak terlawan

semasa itu kedengaran amukan pak lah makin menjauh
dan "PRANGGGGGG!!!!!"
sekali lagi bunyi kaca berderai
adikku jenguk melalui tingkap
rupanya si orang gila sedang amuk di kedai mak
YA ALLAH!!!


nampak je kawan-kawannya tiba di depan rumah
dalam 10 orang juga yang pantas datang
terus adik keluar
memang nekad mahu
BALUN HENTAK PECAH MUKA!!!
hati panas, geram, berbulu
semua semua lah

sekali
pak wi
sorang lagi abang kepada pak lah ni
datang bentak
tahan adik dari bertindak
di marahnya adik kerana 'dengan orang gila pun mahu berkira'
di halau kawan-kawan adik tadi
"balikkkk balikkk!'
like wtf!!!!!!!!!!! kan
haaaaa ko dah keluar lah ayat x sepatutnya
ishhhhh marahnya aku!

kemudian
pihak polis pun tiba
bunyi siren dari jauh sayup2
menyebabkan lintang pukang lari
si pak lah ni
bersembunyi dia di sebalik pokok pisang
semak samun
segala
cekap sekali polis dapat mengesan pak lah
di rotan bertubi2
untuk melemahkan
tapi pak lah tidak mahu kalah
melawan dan terus lawan
terburai pelikat yang melindungi aurat
terbogellah dia di khalayak
akhirnya
gari dapat di lock di pergelangan tangan
diammmmm semua terdiam
polis terus beredar
mahu bawa ke mana si pak lah itu
tidak pulak di beritahu
biar lah
bawa dia jauh jauh

masa itu mak, ayahanda dan adik syaza sudah tiba
menangis sedu sedan mak aku
mencari si anak
apakah khabar berita
aduuuussss sayu!
menggigil2 mak berdebar kencang jantung hati
luluh segala perasaan
mujur segala nya selamat
tetapi itu kisah satu babak

babak yang lain pula
bila di kerumuni ahli keluarga si gila
apakah salah tindakan adik, mak dan semua?
apakah mahu tunggu bersabar dan berdiam?
perkara sudah berlaku sejauh itu
mereka sesedap berkurung di rumah masing2
yang ada pun hanya memerhati dari jauh
di balik pokok kelapa
di dalam kegelapan malam
takut ke????
kamu ahli keluarganya pun tahu takut
apakah salah kami berperasaan takut juga?
kamu mempunyai tanah lapang luas untuk berlari
bersembunyi
apa ada ruang ke untuk adik aku lari pada ketika itu?
kamu semua pentingkan diri!!!!!!!!!!!!!!
pergi mampus lah
'perasaan belas kesian' yang korang tuntut dari kami
dan sebelum ini
dari semua mangsa2 amukan pak lah
kalau benar kami tidak fikir saudara
sedari khamis yang lalu
mak aku dah laporkan pada polis
tapi kami sabar
sampai ke hari ini
masih sabar
menunggu apakah tindakan korang
tapi
nampaknya
kamu semua tenang menghadapi kehidupan seharian
seperti tiada apa yang berlaku
sedangkan keluarga aku
dalam ketakutan!!!
adil kah?????

note: gambar di peroleh dari kecanggihan telekomunikasi kini
MMS...
terima kasih celcom

Wednesday, June 24, 2009

demam bergilir gilir

hahaha
tajukkkkk
macam suka sangat demam bergilir gilir neh
haha
x suka la x suka!

sapa yang anak dia dah amik injection mmr?
anak demam x?
aduiiiii
masa aniq dulu aku x ingat lak demam ke idak
duk risau nak g inject akid
takut demam balik
ari ni kena bawa aniq g klinik lak
dia lak berjangkit demam aduiiii
aniq kalau demam memang in package terus
datang la bronkitis dia
tapi sebab aku cepat bawa g klinik
tadi x yah bagi gas lah
x mahu lah time aniq tengah demam ni
pegi inject akid lak
buatnya akid demam jugak
oooooo mati gue...
haha

masa sampai kat klinik tadi
dia lemah longlai sikit
duk tahan nak muntah
tengok la muka... adeiiii
x mo main langsung mainan yang ada
ishhhh kesiannnn

doktor cakap tonsil x der
tapi tekak dah merah merah
infection

so terus doktor suh minum ubat antibiotik
kat situ jugak telan
x puas makan ubat
satu jer?
ekekekke

hari ni
kos RM117.00
pokai lah kalo begini
next week kalo x der aral
nak cucuk si akid lak
berapa la pulak mmr tu ek... herm

ada conversation kelako skit antara aniq ngan doktor
kahkahkahkah
haaaa aku gelak dulu

doc: memang nampak lemah betul dia ni, tu tengok lekuk kat leher dia, nampak teruk sangat dia tarik nafas, dalam... bla bla bla
aku: ha'ah... tapi belum ada whizzing, kahak macam mana doktor?
doc: lung belah kiri x masuk udara sangat, dah blocking, kena amik antibiotik ni
aku: o.k.. o.k yer aniq.. lepas ni kena makan skit... nak makan ubat nih tau
aniq: x boleh makan.. nanti muntah (selamba dia jawab)
doc: -gelak- .... boleh... aniq boleh makan, ni doktor cakap boleh makan yer... makan sikit2... x per... x muntah...
aniq: muntah lah... aniq muntah, dua... (sambil tunjuk sign peace.. maknanya dua kali la kot...)
aku ngan abe gelak je
doc: x ada, x ada muntah dah.. lepas ni doktor bagi ubat yea... x muntah dah lepas ni... aniq boleh makan... ni doktor bagi ni (sambil unjukkan vitamin appeton) mesti x muntah dah lepas ni... ambik ni...
aniq pun amik terus ngap masuk mulut
ekekekkekekke

kelako je aku rasa... adehai anak

sudah selesai amik ubat sumer
aku ingat better singgah McD lah
belikan bubur ayam kat dia
lembut skit tektur
tidak lah dia perit takak nak makan kan
sesambil terus belikan bekpes kami
aku ngan abe x makan lagi
x sempat huhu

sementara tunggu order
bawa aniq main main jap

nampak happy pulak
aktif

tadi aku dapat ni

itu kad yang dapat kalau isi borang eh
ntah aku x penah isi borang ahli di McD ni
x tahu la kad ini sama ngan kat keahlian ke tidak
tapi dapat ni tadi
berpandukan resit je
sebab ada dua resit
huhuhu
dapat la dua kad tadi
car sticker pun dapat dua
hahaha

syok aaaa poco poco

ini video yang aku rakam kat anggerik mall shah alam
kat situ kalo malam jumaat, sabtu & ahad
ada uptown
kira cam mini uptown lah
kat situ merupakan tempat latihan
kumpulan poco poco ni
ohooooooooooooo
aku suka gila la tarian poco2
menarik tertarik gitu
tiap kali gi tengok
mesti aku pun turut goyang2
wahahahah
one day
aku akan masuk jugak kelab tarian poco poco ni
tengok lah nanti
ada akak tu sorang
lepas masuk poco poco
dia makin kurus tau
pinggang pun ramping
punggung pun
wallah... membulat dan meninggi tauuuu
wakakakkakakaka
aset aset
haha
layannnnnnnnnn

video


video

Tuesday, June 23, 2009

dating part 5

oh ye...
dah lama x buat kompilasi dating dating ek
ekekekkekeke
pagi tadi ada follow up pasal report police aku tempoh hari kan
so ajak abe breakfast kejap
dekat ngan opis jer
lamaaaa x makan kat hainan kopitiam tuh

milk coffee utk aku

wantan soup utk aku jugak

milk tea + warm water

steam bread wt kapitan chicken

extra milk utk abe
dia kata air tea dia tu tawar
ekekekkekke
dasar pemanis
bahaya betul lidah dia ni
adehai

muka pagi yang ceria
botox?
ohhh tidak...
teknik bergambo namanya
kah kah kah

sahur dan berbuka - semalam

semalam emosi tergangu
so nak update pasal sahur pun
x der mood
haha

o.k hari ni kita citer yer
disebabkan kelmarin (ahad) adalah cuti
dan merupakan hari bapa
ohooooo
the real hari bapa
dan abe pun dah balik dari kursus
ho ho
aku pun masak memasak la
aku masak soup cendawan favorite
dia


dan
sotong kunyit petai

ini telur sotong
dah separuh masak kunyit tu
baru aku taruk telur ni

hasilnya

lepas tu
buat telur dadar
simple je
tapi amat bermakna untuk abe
ekekekkeke
ater seme favorite dia lah kan
aku kan jarannggggg sangat masak kan

dan soup tu
sampai sahur aku leh makan lagi
cuma goreng ikan sardin je
penambah menu

______________


berbuka semalam
teringin makan nasi kukus ayam berempah
so tempat paling aku suka
kat uptown sek 24 lah
sedap wehhh
sampai je sana
ngam2 orang azan maghrib
nasib baik nasi kukus ni
cepat je preparation nya
aku dah gila lapo masa tu

akid ketidoran
masa pindahkan ke tangan daddy dia
sado lak
sib baik x melalak
ekekekekkeke

nasi kukus sedap nak mati

hamik ko
sampai nak mati
wakakkakakaka

Monday, June 22, 2009

apa yang menggangu mood aku

kengkawan
sedikit luahan yang terpekung di dada
hati menjadi tidak tenang dengan tiba2
setelah menerima panggilan telefon dari mak
kenapa mak sorok perkara ni dari aku
kenapa menda terjadi dari khamis yang lalu
tetapi baru pagi subuh tadi
mak mahu menceritakan
adakah sifat aku
sebagai pelindung tegar kepada keluarga
menyebabkan mak tidak mahu aku tahu
mungkin mak takut dengan tindakan yang bakal aku buat
jika aku tahu perkara ini

sebemlum meneruskan cerita
aku mahu sematkan beberapa fakta
untuk pembaca
agar korang boleh faham kisah ini
dengan lebih jelas n terang

pak lah, jiran depan rumah
juga bapa saudara ayahanda aku (bapa tiri aku)
merupakan pesakit mental
yang mana
pernah satu ketika doktor tidak tahu mahu bagi ubat apa
dan seorang doktor melayu
telah mengeluarkan kata kata seperti
"dia ni bukan gila semula jadi, penyakit ni dia yang cari, kena ubat cara kampung ni, gila ni gila ilmu salah!"
itu lah kenyataan yang di ceritakan oleh ahli keluarga beliau
kepada semua orang

-> aku tidak percaya
ada doktor yang di iktiraf mengeluarkan kata2 itu
tapi sudah itu yang di tekankan keluarga beliau
maka kami pun tidak boleh bantah

3 tahun berlalu
pak lah ni asik keluar masuk hospital mental
kejap2 serang orang
kejap2 maki sumpah orang
kejap2 elok peragai
tapi datang angin
nak ubat semua orang
katanya dia adalah 'tuhan'
astarafirrullah hal'azim
katanya
dengan sekali sentuhan tapak tangan
dia mampu ubati segala penyakit
katanya lagi
semasa di hospital
dia telah ubati 30 orang pesakit jantung
wahhhh hebat hebat

namun begitu selama tempoh dia begitu
dia tidak pernah ganggu gugat keluarga aku
malah dia terlebih hormat pada mak aku
dia rasa mak aku tu
tinggi ilmu nya
tidak terlawan dek beliau
entah dari mana fakta yang dia dapat
kalau di kampung itu
sudah berbelas2 orang yang di maki hamunnya
katanya
mereka2 itu telah bomohkan dia
sebab tu dia x kawin2
yeaaa dia adalah antertu (anakterunatua)
umur menjangkau 40 tahun di waktu
dia mula mengambil ilmu salah
dari rakan yang baru di kenalinya
rakan beliau itu
adalah seorang lelaki yang berkahwin 3
dia sungguh kagum pada rakan beliau
tapi
baru beberapa ayat dia belajar dari rakannya
tiba tiba rakan itu telah mengalami kemalangan ngeri
dan meninggal di tempat kejadian

seminggu selepas
pemergian rakannya itu lah
dia jadi x tentu hala
mula meracau2
'mahu kawin dengan si polan'
'si polan gila mati minat kat dia'
'adik beradik dia tidak berkenan dengan si polan'
'mak dia tidak bagi dia kawin'
dan macam2 lagi ayat2 yang pernah dia guna
berada dalam keluarga yang begitu taksub dengan bomoh
menjadikan dia lebih bermaharajalela
semua bomoh yang pernah datang mengubati beliau
memang tidak pernah berjaya
katanya
"ilmu aku tinggi... mana boleh kamu semua lawan... aku ni ALLAH.."
astarafirrullah astarafirrullah

kini dia tinggal keseorangan di rumahnya
kerana telah menghalau emak dan anak buah beliau
katanya
mereka ini haram tinggal bersama Allah
astarafirrullah
subhanallah

begitu lah serba sedikit kisah beliau

dan kenapa tiba2
aku cerita semua ini

sebab
pada hari khamis yang lalu
minggu lepas lah
pak lah ni dah start menggangu mak aku
kerana
dia meracau2 pada hari rabu
memanggil2 mak aku
katanya dia mahu tanya sendiri
pada mak aku
kenapa mak aku halang dia berkahwin dengan anak pak ghani
ntah pak ghani mana
mak aku pun x kenal
tapi itu tuduhan beliau
jeritnya
"jah, mari rumah aku ni jah... aku nak tanya mu ni jah..."
tapi mak aku tidak berani lah
sekadar menyorok di rumah
kesiannnn mak aku

dan khamis yang tersebut
dia datang mengganggu kedai mak aku
kejap2 dia datang
cakap bukan2
dicarutnya mak aku macam2
kejap2 menangis, kejap2 jerit2
lepas tu dia boleh terlanjang di kedai mak aku
ya allah
habis lari lintang pukang customer mak aku time tu
terus tidak boleh berniaga
kesiannya mak

then subuh jumaat
dia berkeliaran di depan kedai
jumaat memang mak aku x berniaga
dia ni pulak
boleh marah2 mak aku
apsal x buka kedai
"hari ni kalo buka
boleh dapat 800
allah cakap buka... buka la
apsal x dengar cakap allah"
katanya
astarafirrullah hal'azim

mak hanya mampu menyorok menyorok dan menyorok
tidak berani keluar
ahli keluarga aku
menguncikan diri dalam rumah sahaja
pada hari tersebut
aduhhh
boleh bayangkan betapa ketakutannya mereka

dan sabtu juga mak tidak berani buka kedai
so terjadilah episod pak lah ni
4 5 kali mengulang jejak
datang ke kedai mak
maki hamun
apsal x berniaga bagai
nasib la dia tidak bertindak
gegar pintu rumah bagai kan

mak puas menelifon ahli keluarga beliau
sorang pun x berani bertindak
mak meminta mereka menelifon polis
tapi mereka cakap
polis tidak mahu bertindak
sebab doktor pun tidak ada ubat utk penyakit dia
weeeeeeeeeeeyyyyyyyyy
anda semua gila ker
tahu ker apa yang mampu dia buat
pada keluarga aku
tunggu ada kematiankah baru
kamu semua mahu bertindak!!!!!!!!!!!!!!!!!

marah betul hati aku
marah marah geram!!!!!
kerana itu
aku bad mood!!!!!!!
hati menjadi tidak tenang

terus ku gegar adik aku
balik melihat keadaan keluarga aku di kampung
kesian mereka
tidak ada yang nak membela
adussssss
kenapa baru hari ni mak memberitahu
kenapa setiap kali orang telefon
tidak pulak mak menceritakan

hari ini
abe akan membantu
menghubungi bahagian aduan bukit aman
apa jadi ngan polis kampung raja
tidak ada otakkah mereka
tidak bolehkah buat rondaan
sebagai menjenguk
apa yang terjadi di kawasan tersebut
aku tidak rela wang gaji korang
sebab
senang lenang korang kerja melepak
tapi penduduk mendapat sengsara
langsung korang x pedulik
harammmm jaddah!



update update!!

baru saja mak telefon
alhamdulillah
4 orang polis datang ke rumah
bertanyakan itu ini
perihal si orang gila
kata pasukan polis tu
jika ada report memang kami akan bertindak
kalo kami x bertindak tu
maka kami semua boleh di dakwa
haaaaaaaaaaa tau pun

lepas ni
akan ada rondaan di kawasan tersebut
tapi mak dah tawar hati nak berniaga
hermmmm kesian mak
x per la mak...
rehat lah...
x payah la berniaga
nanti lepas raya
baru mulakan balik
insya'allah x der apa2 lagi lepas ni

Sunday, June 21, 2009

contest aksi menarik

CONTEST AKSI MENARIK KETIKA ANAK TIDO

huhuhuuh
menarik menarik
jenjalan blog neeza
sekali tgk dia masuk contest ni
kebetulan aku ada satu gambo
yang aku rasa
nak abadikan di blog sendiri
terus terjah blog mama uzma
penganjur contest la kan
saya nak join!
ihikkksss

jom tengok syarat2 nya


contest ni bermula pd 8 June-28 June 2009
contest ni akan di tutup pukul 8pm on 28 June 2009
keputusan akn diumumkn pd 6 Julai 2009
ada dua katogeri ye.....
1. umur anak dari 2 bulan hingga1 tahun
2. umur anak dari 1 tahun ke 3 tahun
lelaki dan perempuan sama
JADI MARI2 SEMUA MEMERIAHKAN CONTEST INI
setiap contest pasti ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Syarat2nya adalah seperti berikut:

1. Add blog MamA_Uzma di bloglist anda dan menjadi FOLLOWER Mama_Uzma serta upload CONTEST AKSI MENARIK
as a banner di blog anda.


2. Buat entry khas ngan tajuk contest aksi menarik& upload gmbr anak anda. Sertakn perkara2 berikut:
Nama penuh anak
Umur anak (mengikut katogeri)
ceritakan kenapa gambar itu dipilih
dan slogannya skali

PERINGATAN
: Pastikan hanya satu gambar sahaja tuk satu penyertaan,jika anda mempunyai anak lebih dari seorang boleh letak lebih maknanya kalau anak 2 org jadi 2 gambar dan seterus...dan bole juga dlm 1 gmbr ngan 2 anak skaligus..)

3.Dalam entri itu pastikan anda gitau dan link ke Mama_Uzma
Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini,untuk rujukan.


4. Pemenang akan dipilih berdasarkn gambar yg menarik yang akan di adili oleh juri luar..yang x ada kaitan langsung ngan blogger2

5. Hadiah utk pemenang adalah SHOWER MOUSE ANGEL INNOCENT &hadiah untuk si kecil juga disediakan.....
hadiah juga akan di tambah jika contest ini mendapat sambutan

jadi...tunggu apa lagi...jangan lepaskan peluang ini...

okeh
itulah dia syarat2
so korang join la jugak yer


gambar yang aku nak taruk ialah

hihihiih..
buat2 x nampak abe yg syeksyi hitam manis
kalo edit x real la pulak kan
so belasah la
ekekekkekek

nama anak
1. Aniq Naufal 3 tahun
2. Akid Nifail 1 tahun
3. Osmi ehhhh ni laki den lah ekekekkeke

kategori nya 1 - 3 tahun

kenapa gambar ini di pilih
inilah gambar kenangan paling indah
yang pernah aku capture
paling lawak yang ini
paling cute yang ini
paling kesian pun yang ini
mami busy main masak2
anak2 terbengkalai gitu kan
wakakakakakka

slogan
landing time! zam zam al-lakazam

sekian
selesai... sonang ajo... ekekekke

happy Fathers' Day

selamat hari bapa kepada bapa negara
bapa korang
arwah bapa aku
suami aku
kononnya ucapan daripada
anak2 aku la kan
ater pelik pulak bunyinya
"selamat hari suami"
eh ada ker....
wakakakakkakakak

kali ni
sekali lagi aku treat him
dengan makanan 'thai'
ye... makanan thai adalah kegemaran beliau
aku malas nak memasak2
so aku just ajak dia makan kat luar je lah
as usual sebenarnya
tapi tempat yang lebih special
ater...
aku ingat dia dah penah makan kat Famous Thai
upernya belum weh
uwaaaaaaa selama ni
aku makan ngan geng2 opis sajork upernya
hahahaha

o.k terus ke meja makan
perut dah berkeroncong
order order dan order

anak2 makan telap2
kejap makan
kejap main
sib baik duk kat luar
dan sib baik jugak
x baper ramai orang
huhuhu

bermain

wooohooo garang

suka ke tak neh?

si gemuk manthop!
haha

yaa.. keluarga ini juga terlibat dalam acara

ya... akid menjadi kegilaan si siti neh
lgsg x letak anak aku tu haaa
kan main bebas aku makan tanpa had
wakakkakaka

selesai makan... alhamdulillah

ini hidangan desert ke 2 kami
loong chop nama dia

close up
tuuuu dia... desert bukan ke sepatutnya manis2
itu cili.. apa citer?
haha

o.k mana aku nak makan?
herrmrmmm
amik cili

sedappp neh
ekekkeke

ini sebenarnya
di perbuat daripada
kacang
yang di tumbuk halus
campur gula la kot manis2 kan
memang manis
sehingga hanya mampu makan seketul aje
ekekekekekke

see
akid pun boleh makan
uisssshhh real la akid makan cili haha
ni kalo mak aku tengok
mau dia hempap aku ngan peti es
wakakakakkaka

selesai la acara
makan2 di hari bapa

p/s: gmbr adalah campur2
dari henpon dan dari dslr
ater x organize sket
memasing sibuk makan
ekekekekkee

Saturday, June 20, 2009

hari ni hari sabtu

wakakakakkakakkaka
tetiba tajuk x der kaedah
wakakakakka

bosan neh...
anak2 ketidoran
layan citer hindustan la aku
ya allah
lamanya x tengok citer hindustan
aku x ingat citer ape yang aku tengok last
Doom kot
huhuhu x ingat x ingat

ni skang citer baazigar ke hapa ntah
lupa lak tajuk dia
shah rukh khan zaman silam
hohohoh kelako muka dia masa ni
ihiks

eh aku bukan ank citer pasal hindustan atau shah rukh
ini nak citer pasal hari sabtu
ohoooo
abe semalam dah g kursus
sepatutnya kursus dia di Bukit Aman saja
tapi ntah macam mana
tiba2
tukar tempat
semalam jugak dapat tau tempatnya
di genting highland
hahahahha
gempak je tu
sebenarnya bukan la genting betul
tapi di Goh Tong Jaya
menginap di genting view

kan main berlagak
siap mms kat aku
sign hotel tu haaa

alaaaahaiiiii
hihihihi

x per x per...
boleh aku jadikan bahan blog yer
hermmm
aku pun dah lama x pegi genting
last masa pegnen kan akid
eeehhhh
masa akid dah lahir pun ada pegi....
ekekekkeke buat2 lupa plak
haha...

nanti ada kelapangan mahu pergi
bagi keseronokan kat anak2
and maminya sekali
nak bercuti ke tempat lain
ntah bila ada peluangnya haaa
banyak halangan nauuu
herm

oh ye
satu lagi nak kasi tau
abe jugak kursus dari 3 hari
di pendekkan jadi 2 hari sajork
hoho
abe dah ondeway balik
yeeeehhhuuuuuu
tidak la kebosanan esok
ihihihihihi

so itu je citer sabtu
kang kalo ada tambahan aktiviti malam nih
kalo rajin untuk di masukkan ke blog
pasti dalam entry yang baru lah

belum ada plan untuk esok
nak ke mana yer?
nak celebrate fathers' day lagi kah
ho ho ho

Friday, June 19, 2009

gomol gomol adik beradik

korang tau ke perkataan 'gomol' tu
aku rasa cam perkataan ni
seme orang tau kot ek
ke aku je yang kekampungan
wakakakakkaka

ini vodeo lamaaaaa dah
saja la taruk
aku tengah mengatasi masalah
blog aku yang x bleh
masuk video
sejak dari bulan 2 lagi kot
ihihihihi
layannnnnnn

video

berbuka puasa semalam

hihihi...
lately cerita2 yang di update
adalah cerita terkini je
padahal dlm folder ada macam 4 5 entry
yang dah basi dan ada yg dah nak naik kulat
wakakakkakakakkaa

x per x per...
tunggu mood mari ye...
nanti akan ku upkan entry tersebut
haha

sambung citer berbuka semalam
hermmmm
petang semalam
aku call abe, cakap
aku: "na x daya sangatttt dah nih..."
abe: "oloh... macam budak kecik"
aku: "ohooooo... lain tau puasa bukan bulan ramadan"
abe:"iyo lah"
aku:"kul 7 baru na balik yer... abe siap2 anak2... nnt na tunggu kat bawah je... terus g makan la... x leh balik sekarang... laparrrrr!"
abe: "o.k, jangan lewat sangat kuar opis tu... takut x dan ngan berbuka.."
aku: "iya iya... kul 7 ngam2 na kuar"

hohohohohoho
betul weh...
tepat pukul 7
aku kuar
nak tunjuk bukti pun x leh...
sebab opis ku x pakai punch card kan

so
sampai je kat parking umah
tengok abe dah siap lenggang kangkung
kat bawah
ho ho....
dia layan aniq main kat bawah upernya
hihihihi
so terus la berdesup kami ke 'Kedai Kopi"


hahhaha kelako muka abe...
aku ckp
"cuba wat muka leklok skit kalo org amik gambo"
then dia balas...
"nak tayang kat blog la tu
x per.... takat abe ni... kalo taruk gambo paling macho pun x dak orang nak"
wakakakkakak lawak tul abe
elehhhh skang bukan kira macho ke hapa kan
ada je kejadian di luar
jangkaan kan

muka x siap
hahaha lapoooo

anak anak
makan cream soup sajo

aku punya rib eye steak

abe punya chicken chop "champanion"

fires... dah nak abis br reti nak snap
ralit mkn rib eye
wakkakakaka

abis daaahhhh
sedappppppp

.

ni nak balik dah
tetiba nampak deco dia yg indah
ada kayu derang bentukkan jadi anak beranak zirafah
wahhhhh
beriya suh aniq posing
ihihihi

oittt mata tgk la kamera!

kali kedua snap
pun x tengok

kali ke tiga
hahahhaha
dia dah malas layan
wakakkakaka

ini percubaan letak akid
tapi tidak berjaya
dia duk kejar daddy dia je
member dah mengantuk
mak pak x sedo diri
nak balik ke hapa kan
ekekekekkekek