Uh!! Follow me?

Tuesday, January 27, 2009

mesin jahit

aku x pandai sangat la menjahit ni
minat tu ada...
tapi selalu je x sepenuh hati
menumpukan perhatian untuk jahit2

penah beli mesin jahit
konon2 nak jahit langsir lah
baju lah
kekekekkekkee
x penah je berjaya jahit
walau selai baju kurung wakkakakaka

sekarang ni mesin jahit aku tu
dah rosak lah
ntah ku humban ke ceruk mana ntahnya
x pernah lagi kelihatan
sampai ke hari ni
x per.. abaikan

sekarang aku nak citer
pasal mesin jahit baru aku ni
eleh...
cam grand je bunyinya
padahal mesin jahit ihsan promosi kat tesco je pun

korang kalo penah g tesco shah alam
korang leh tengok
kat tepi escalator nak turun tu
ada meja
konon promosi
berpandukan resit belian kat tesco lah
ada macam2 barang dia jual
pisau kecik cinonet tapi tajam
pisau ke parang, yang leh tetak ayam
dan mesin jahit mini ni lah

aku tengok cam cute comel je kan
berkenan la pulak
mana la tau time emergency
seluar track aku koyak ke
jahitan kaki seluar terbuka ke
atau apa2 je lah kan

udah beli tu
ku peram la pulak
wahahahhaha
iya la
bila ada barangnya
x dak lak kejadian koyak2 ni
adussss

dan,
suatu hari yang indah
aku terfikir nak pasangkan langsir
tutup skit rak atau kabinet
pasang siap kat umah tu
pakai langsir lama yang dah memang sedia ada la kan
tapi langsir tu labuh
so aku terpaksa alter sikit lah

wahhhhhhhhhhh tetiba teringat mesin jahit tu
eh boleh ke ni
boleh ke jahir langsir ni
tebal

hermmmmm
rupanya boleh la weiiii
wahhh senang keje aku
tekan je 'treeettttt'
jarum tu gerak
pakai kuasa bateri AAA 2 biji
wahhhhhh
seronok+jakun+kagum
semua ada lah

hihihi
kalo korang lalu2 kat meja yang aku cakap tu kan
yang ada jual mesin mini ni
lebih baik la korang beli
murah RM35 sahaja
sangat berbaloi la aku rasa

ni aku nak g beli lagi
aku nak beli lagi sebab
adik aku dah merampas kuasa
di rembatnya mesin aku tu
buat jahit atas kapal katanya
hermmmm
tapi x pegi lagi tesco ni haaa

korang nak tau sizenya

kecik je kan
comellll

dan yang bagusnya
sparepart mesin ni
senang untuk di cari ganti
sebab
normal size macam mesin biasa

aku rasa setiap rumah harus ada satu
hehehhe
carilah yer kengkawan
ekekkekekekke


gelagat aniq

budak2 zaman moden ni
memang maju ke depan betul kan
agak2 ler zaman kita dulu
masa umur 2 thn ++
apa yang kita buat?
apa yang kita main?
apa yang kita tau?

aku tengok
rata2 budak2 zaman IT la ni
jauh lebih expert
dari semua segi
maybe environment diorang
lebih moden
canggih
berteknologi

zaman kita dulu
apa lah yang ada
seingat aku
masa umur 5, 6 tahun
reti main pondok2 je kot
bila dah 8 tahun
main pondok2 lagi
tapi dah lebih expert lah
siap ada kawin2 bagai kan
ekkekekek

masa tu
yang kita nampak environment sekeliling kita
hanya ada mak ayah atuk nenek
adik beradik
so automatik
itu jugak la yang menjadi mainan kita
konon masa tu
aku jadi isteri mithali
siap buat2 beranak
eh ada ker
eeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
malu lah
(tutup muka sendiri ekekkekekke)

bagi aku
untuk menyesuaikan dengan keadaan
sekarang aku dedahkan
anak2 aku dengan sesuatu yang moden
bersesuaian ngan environment dia
kang anak orang dah maju bertangga2
anak aku duk kelek tamadun kuno lak
hihihihihih

tapi bila dah begitu
sakit jugak kepala aku
melayan karenah
adoiiihhhhhh

hari2 mintak lain x der
"PSP PSP PSP"
itu je yang dia tau
main game idok le terror sangat
tapi kalo kita nak ajarkan
ishhhhh x mau dengar
x mau kalah pulak
diaaa je betul
ish ish ish
macam mana lah nak control
memang aku dah buntu









apa2 je la aniq
mummy pun dah pening lah

Monday, January 26, 2009

hati unta

dari tahun 2007 lagi
kami cuba memesan hati unta ni
dari sesapa sahaja yang mengunjungi tanah suci Mekah

kata orang hati unta boleh ubati penyakit
asma
so dalam duk usaha tu
x penah lagi dapat

sampai la suatu bulan suci
bulan Haji baru2 ni
rakan mak aku
ke tanah suci mengerjakan Haji
alhamdulillah
sesampai je dia kat sana
dia belikan hati unta ni

harga RM5 je
tapi nak kena g ke Mekah tu
yang jadi kosnya
x dapat nak kira
makcik tu pulak
x ambil bayaran dari kami
x dapat aku balas ngan kata2
Allah saja yang dapat memberikan sebesar2 anugerah
kepada rakan mak aku tu

inilah rupa hati unta
yang aku harap dapat memulihkan
bronchitis aniq
dan sekarang dapat kat akid lak

yang peliknya
label n arahannya dalam bahasa melayu
orang melayu kat sana yang jual
atau memang packagingnya
dalam pelbagai bahasa
belum sempat nak menanya rakan mak aku tu
apa pun
yang penting
moga2 hati unta ni
betul2 dapat melegakan
dan menyembuhkan
sakit anak2 ku ini
amin

Sunday, January 25, 2009

kami kejam!

wawawahahahhahahhaha

mesti pelik tajuk entry ni kan
apa yang kejam sangat
ngapa kami ngaku kejam
ahakssssss

punya la obses ngan hobi kami
kami sampai sanggup buat cenggini kat anak

*
*
*
*
*
*
*
*
wakakkakaka
adehai
saja la kan
udah penat dukung dia
x daya la nak mengelek
dia asik duk nak terkam kete tu kan
lenguh o.k

wahahhahahahha
x per la akid
asal leh tengok mommy ngan daddy
bersantai
wakkakakakakkakkaka

janji okay
lenkali mommy x dera akid macam tu lagi
tapi akid suka yer duk dalam bonet?
wahhhhhh
kekekekkekekekke

hobi part 2

ok
setelah dapat kete yang kami idamkan
weeehooooo
terus ke track
eh bukan la track betul
kami cari jalan kosong je
lepak2 test skill kan
wakakakkakakaka


ni si aniq lak sibuk je dia
kete cinonet dia x leh drift
jenuh la cakap
"x boleh la mami... rosak kete aniq ni....."
pandai la awak
nak ngecek kete orang gitu la

bagus benonya aktiviti ni
leh jadikan aktiviti keluarga
ishhhh x sabo2 nak main lagi
sekarang musim hujan lak petang2
jenuh la tunggu hari yang indah cuacanya

main kejap je lah
sebab batery original
x lama bertahan
kena cari 3000 punya
atau 4200 punya
hermmm lenkali kita usha yer

*********************************************

ni gambo2 di hari yang lain lak
saja la randomkan terus
kang jadi banyak lak episod hobi
bosan kan


atau sebenarnya aku ni
pemalas benornya
nak buat entry lain lak
melambak2 ni bahan


pemalas adalah bukan ciri2 blogger yang bertamadun.... asudah falsafah lak haaaaa....

hobi part 1

korang sure ada kegemaran atau hobi masing masing kan
kalo ikutkan
aku ni
ada banyak gak la hobi
eh hobi leh banyak2 ker??
wakkakaka

x per la kalo x leh banyak2 pun
aku tetap tamak yer
aku nak ada banyak hobi
ihikss

kisahnya
aku ngan cik abe
ada jugak berkongsi hobi
kegemaran kami banyak yang sama
sherashi gitu kan

sekarang aku nak cerita hobi main remote control car
kami dari mula2 kahwin
memang duk gian nak main remote control car nih
siap berebut2
masing2 nak tunjuk skill kan
wakkakakakkaka
lawak pun ada
cam bebudak ihiksss

aku malas nak kira..
malas nak total kan
berapa biji dah kete yang penah kami beli
dari sekecil cinonet sampai ke besar gabak
yang aniq pun leh naik duk atas tu kan
kami ni main seme jenis
jenis speed ke
jenis skill ker

dan sekarang, terbaru
jenis drift lak
dan rasanya
yang ni lah paling sesuai ngan jiwa raga
ketagih oooooo

ni hari kami membeli peralatan untuk
menunaikan hobi yang satu itu
aduhhh ayat x hengatnya
ekekkekekekke

kami booking kete brand winner ni
ngan kedai kat tesco extra, shah alam
hari jumaat booking
hari isnin dapat kete

dalam gambar tu sorang pemain
peringkat Asia
wahhhh
mainan gini pun leh sampai Asia tu
bagusssss bagusssss

so dia ni banyak tunjuk ajar kami
macam2 dia cerita
aku sampai melopong dengar hah
so gedebuk gedebak
dapat la kami apa yang kami nak beli
regenya RM450 sahaja
atau rege sepatutnya RM700++
dan yang bagusnya
budak ni
siap upgrade remote kami
dari remote cikai2 tu
dapat remote digital
ishhh malas nak cerita kelebihan remote digital itu ihiksss

tapi kami masih dalam proses
beginer lah
yang baru duk hegeh2
nak coner kiri kanan pun
leh terkial2 tersilap bagai kan

tapi x per
akan di praktik kan selalu
supaya leh jadi drifter terhebat
tapi drift kete remote je lah
jangan abe drift kete betul lak kang
tergolek anak bini
wakakakkakakakkaka

Saturday, January 24, 2009

hai

ada 6 entry
duk beratur
x sabar2 nak keluar ni
adehai...

tapi semua belum lengkap
ingat mlm td nak siapkan
2 atau 3 entry
alih2 banyak lak halnya
sampai2 umah dah kepenatan
mengantuksssss

so hari ni
jika sempat akan ku keluarkan juga
adehai

Friday, January 23, 2009

Cuti

Aku bersiaran dr Xperia X1, lokasi adalah di rumah abg long di kuantan.
Jumlah cuti thn ni, 35 hr. (BF leave 14 days + this yr 21 days)
Hsl kerja keras tungkus lumus aku, aku tlh di beri peluang amik cuti sesuka hati aku. Utk spend masa ngan family aku, yeahhh! TQ boss!
So, aku amik cuti start ari ni sampai jumaat depan, jumlahnya 4 hari.
Wahhh x pnh2 aku amik cuti pjg mcm ni. Adeh...

Balance cuti masih ada 31 hari, yea sebulan wei aduhai ntah bila agaknya dapat cuti lagi syoknya!

Thursday, January 22, 2009

aduhai....

berita di petik dari harian metro

Arwah mahu hantar anak sekolah

SHAH ALAM: Suami mangsa kemalangan maut di Kilometer 2, Jalan Shah Alam-Puncak Alam di sini semalam, dikatakan sempat meminta isterinya menjaga seorang anak mereka yang dirawat di Selangor Medical Centre (SMC) di sini, tetapi isterinya tetap berkeras untuk pulang kerana mahu menghantar seorang lagi anaknya ke sekolah, keesokannya.

Permintaan kali terakhir itu disuarakan Kamarul Zaman Mohd Yusof kepada isterinya, Siti Sam Maalim, 36, apabila mangsa ingin pulang ke rumah mereka di Taman Sandaran Permai, Puncak Perdana, Puncak Alam di sini, kira-kira jam 9 malam.

Ketua Trafik dan Jabatan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata mangsa bagaimanapun meneruskan hasratnya dan pulang bersama dua anaknya berusia lima dan 10 tahun sebelum terbabit nahas jam 10.15 malam.

Menurutnya, ketika kenderaan dipandu mangsa menuruni bukit, kereta Perodua Kancil itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung Perodua Kelisa dipandu seorang lelaki berumur 29 tahun.
“Kereta mangsa berpusing dua kali menyebabkan anak perempuannya yang duduk di belakang tercampak keluar.
“Mangsa bersama anak bongsunya gagal keluar sebelum kereta itu terbakar,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Isteri mangsa dan anaknya, Mohd Danish Lokman, 4, rentung, manakala seorang lagi anak mangsa, Nisa Karmila dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB). Pemandu Kelisa yang dikenali sebagai Vanasu cedera di dada turut dikejarkan ke HSB.

Che Hussin berkata, sebelum kejadian suami mangsa yang bekerja di RapidKL ke SMC melawat anak sulungnya berusia 12 tahun menerima rawatan selepas terjatuh dari bas sekolah di sebuah sekolah di Puncak Alam seminggu lalu.



*********************************

aku dengar radio era semalam
pak nil dapat call dr seseorang
bercerita ttg kemalangan ni
then pak nil call la suami mangsa
tersekat2 suara suami itu
aduhaiiii x tahan sedihnyaaaaa

then balik umah semalam
citer la kat abe
then abe cakap....
abe: "kete kancil kan...."
aku: "ntah la kete apa...."
abe: "ye la kancil.. ada depan balai tu haaa.."
dappp jantung aku tersentap

then pagi ni
aku suh abe berenti dekat kete tu jap
aku amik gambo ketenya
ya allah....


ibu2 di luar sana
an sesiapa sahaja
hati2 memandu yer
memang la malang datang x berbau
tapi lebihkan lah berhati2 tu

kepada en kamaruzaman dan keluarga
sabar lah
biar lah mereka tenang di sana





** terkenang kisah ana dan keluarga thn lepas....**

rindunya


ahakssss....
post yang agak2 la skit kan
rindu kat kete lak
wakakkakaka

ha'ah
memang rindu betul
adik aku konker kete ni lak
amboihhhh
pueh ku pujuk mai sini
x mo lak dia
nak habiskan masa kat kampung la
nak dating la
amboihhhh rete orang tu weiii
waahhahahaha

oh cerit apasal adik aku
adik bakal sign on balik
27hb ni
hermmmm
naik kapal melati 5
yang sejarahnya penah di hijack lanun ci**be itu
kami sekeluarga harap
perjalanan kali ni
lebih selamat
dengar2 askar marin dari beberapa pelosok dunia
akan berkawal di kawan laluan hitam tu
ya allah ko selamatkan lah perjalanan mereka

oh yer berbalik pd kisah yang sepatutnya aku cerita ni kan
dalam aku duk snap2 photo kan
ternmpk satu barang baru
wahhh apakah itu?

oh fire extinguisher rupanya
aku rasa memang elok lah
kalo setiap kereta
taruk menda alah ni kan
hermmm
sila amik iktibar yer
ekekekkekek

oh satu lagi
adik aku yang perihatin ni kan
telah membeli satu tissue holder
LV tau
wakakkakakaka
bagus... betul tau
tapi LV tu bukan ori lah
x per x ori pun
asalkan menarik mata hati ku ini

oh! tapi aku lupa nak snap
lenkali lah yer

Wednesday, January 21, 2009

mengemas rumah

hahahhahaha...
saja kasi title gitu
wahahahhaha

citer mengemas rumah ni
bukan aku yang kemas sebenarnya
tapi aku amik bibik2
kenapa bibik2?
yaaa... sbb 2 orang yer
bibik ni mmg buat part time kemas2 umah
dia akan datang ngan kakaknya
cepat skit la setel keje kan

benonya dah lama aku x amik bibik ni
lbh kurang 9 bln la kot....
last amiknya, a day before besday aniq
last year tuhhh
aduhhhh lama betul haaaa

aku bukan lah pemalas sangat kan
malasnya sikit2 je
tapi mengada2 lah lebih
konon x der masa nak kemas2
nak mop2
nak melipat2 baju
nak susun2 leklok barang2 kat bilik belakang tu
aku jdkan store
ihiksss

kiranya sepanjang aku menggunakan
bibik 2 beradik ni kan
aku memang berpuas ati
depa ni cekap
pembersih
rajin
segala2nya la kan
kiranya nak bayar RM100 tu
memang berbaloi lah kan

:antara in progress photo yang aku snap:

lagi satu bibik yang sorang tu
pandai mengurut
wahhhhh enak bangat weh
rasa macam x mo bagi dia berenti ngurut
asyiikkkkk gitu kan ihikss

:si kakak:

:si adik a.k.a pandai mengurut:

masya'allah umah aku
wakakkakakak
adeh
korang kutuk lah
aku mmg nak tunjuk
hhahhahahha

korang nak mencuba??
sila tanya aku di belakang tabir yer
aku akan bagi no tepon
insya'allah


Tuesday, January 20, 2009

Tutorial background 'template' blog





adehhhhh tajuk
'tutorial'
cam ler pandai sangat
ekekekkekeke

aku sebenarnya
berjaya buat gambar background
yg dah lamaaaaaa
aku idam idam kan
hasil bantuan ramaiiii pihak

bermula dari ym ngan geng2 aku
masa tu kak atty telah memberi link ceera

yang ada 'tutorial' psl tuh

so aku belek2 telek2
cam bapokkk senang je kan
bila aku kata senang
memang betul2 senang lah
sebab aku adalah 'BUTA' coding
sila ulanggg apa aku taip tu
"ya, buta coding"
hahahhaha

so ini aku nak ajar
kepada kawan2 aku lak haaa

memula kan....
korang kena upload sebarang gambar background yg tlh di buat siap2
cth mcm aku amik yg ni


aku upload gambar ni kat entry aku yang sebelum ini
iaitu entry background picture
masa ni nak kena try n error lah
sebab nak make sure
size yang kita set tu
adalah size yang di perlukan masa nak display tu kan
aku pun try berpuluh2 kali jugak la
baru dapat yang aku pakai skrg ni
tu pun x baper nak penuh sizenya
belasah la 1182 x 806
aku dah malas kan
ekekekkeke

o.k bila dah selesai...
enlarge kan gambar yang telah di upload tadi

klik kanan pada 'mouse'

amik properties gambar tu

korang akan nampak menda ni keluar
highlight lah location gambar tu
make sure sampai habis
and copy
yang ni kalo aku x ajar pun.. aku tau korang leh buat..
tapi saja la aku letak gak
penat tau aku duk ulang print scrin sebijik2 wakakkaka

then korang masuk la blog korang
dekat edit HTML tu
cari code ini


body { background:$bgcolor;
margin:0;
color:$textcolor;


itu original coding aku
korang punya maybe berbeza
aku x reti lah nak ajar mcm mn
korang pandai2 lah yer ekekekke

aku tgk aku punya code x sama ngan ceera
so aku pegi kat blog ceera lagi
copy je coding yang dia punya


background-image:url("http://4.bp.blogspot.com/_gIzs7uSSwew/SXWW66zt-uI/AAAAAAAACEM/XlKM1Vs_XOg/s1600/backgroundcun%2Bbsr%2Bamat.jpg"); background-repeat:no-repeat; background-position:center center; background-attachment:fixed;


then aku paste antara coding yang aku agak2 je kan
so jadi mcm ni


body {
background:$bgcolor; background-image:url("http://4.bp.blogspot.com/_gIzs7uSSwew/SXWW66zt-uI/AAAAAAAACEM/XlKM1Vs_XOg/s1600/backgroundcun%2Bbsr%2Bamat.jpg"); background-repeat:no-repeat; background-position:center center; background-attachment:fixed;
margin:0;
color:$textcolor;


(yang aku highlight tu aku copy dari blog ceera)

ini code gambar aku

o.k x takat ni
boleh paham ker?
wahhhh siap tanya2 tu
wakkakakaka
macam bagus je kan
adeh

o.k proceed
proceed apa lg...
try ler preview apa yang jd
bila dah agak2 puas ati tu kan
save segala changes

oh... masa aku preview aku punya kan
menda lain mmg dah o.k
tapi...
top of header blog aku
ada error message ni

dah risau takut x jadi kan
tapi aku beranikan diri
anggap itu hanya coding nuffnang je lah
so aku proceed save jugak lah
then bila aku view blog
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

menjadi lah weh
bangga tau!!



****************************************************

credit to;
ceera - guru yg berkaliber
kak atty - tukang tunjuk ajar, dan pemberi semangat
achik - tukang crop gambar kami anak beranak

ku tujukan khas pantun 2 kerat ni


makan makan kongsi kongsi
lain kali tolonglah lagi

wahhhhhhhh pantun apa tu?