Uh!! Follow me?

Friday, June 26, 2009

marahkan orang gila, kita pun boleh jadi gila, tapi bagaimana pula ahli keluarganya yang x pepasal nak melenting tu? Gila juga kah?

kali ni memang marah betul
ni bukan entry entry seronok2
kurang hajar betul!

yes, sekarang pukul 2.24 a.m
buat hapa aku di waktu begini
tidak mengantuk kah
herrrmmmm
baru selesai bermesyuarat secara
calling2
dengan adik beradik aku
apa kami boleh buat kan
kami jauh
tidak termampu untuk ghaib
kuasa halimunan
untuk terus di kala dan tika ini
**bling!!!**
terus muncul terpacak kat kampung kan
kegelisahan ahli keluarga aku
hari ini sampai ke puncak
bila mana

sedari petang tadi pak lah si orang gila
duk ulang ke hulur ke hilir
ke rumah aku yang x der berpenghuni
mujur ALLAH masih melindungi ahli keluarga aku
di jadualkan, hari ini
mak aku ada urusan melawat sedara yang sedang uzur
jadi sedari jam 2 petang mak telah keluar dari rumah
dan hari ini
menjadi sejarah, syaza
adik bungsu pompuan aku
pun mengikut mak
alhamdulillah
jika sebelum sebelum ini
syaza lebih selesa tinggal di rumah
atau berkunjung ke rumah Long aku
yang rumahnya hanya di seberang jalan
lepak2 di sana
rumi, adik bungsu lelaki pulak
macam biasa
keluar berpelesiran
lepak bersama teman2
maka tiada la penghuni rumah kami itu
"ALLAH maha melindungi dan mengasihani"

nak di jadikan cerita
si pak lah ini
terjerit terpekik
entah apa yang di hamunnya
tidak cukup ke rumah kami
dia berkunjung ke rumah Long pulak
gegar pintu rumah itu
ketakutan la isi rumah
kemudian kembali ke halaman rumah kami
kedai mak aku
apa yang dia tidak puas hati
ntah lah

kemudian tepat jam 10 malam
adik bungsu lelaki aku, rumi
pulang ke rumah
mahu membersihkan diri dan tidur
menjadi pelarian di tanah sendiri selama 1 minggu
maka sudah menjadi tabiat ahli keluarga aku
untuk menguncikan rumah
setiap kali masuk dan keluar
sekali lagi alhamdulillah

tabiat baik ini
telah menyelamatkan beliau
dari malapetaka yang, ntah
aku tidak mahu fikirkan
amat dahsyat!

dengan sekejapan sahaja
sejurus selepas adik aku memasuki ruang biliknya
dia mendengar pekikan pak lah
memanggil2 nama ayahanda ku
mak aku
dan nama adik aku sendiri
tidak sempat berbuat apa apa

"praaanggggg!!!!!"
tingkap kaca atau naco telah di pecahkan
adik aku terperanjat bukan kepalang
"praaanggg!!!"
yang lain pula pecah
"prangggg!!!!"
lagi dan lagi
sekeliling tingkap kaca bilik adik telah pecah berderai
dek amukan pak lah gila


menggigil dia
antara takut antara marah
terus menelifon mak aku, 'voice mail'
semasa itu Tie, sepupu aku yang kahwin baru2 ini
sedang engange ngan mak
meminta mak segera pulang
bimbang keadaan adik
yang keseorangan di rumah

(YA ALLAH.... AKU DAPAT BAYANGKAN BETAPA KEDAAN KETIKA ITU AMAT CEMAS!)

kemudian adik menekan nombor pak husin
abang kepada pak lah ini
pun engage
sepantas kilat adik dial no polis yang datang menyiasat baru baru ini
dapat!
alhamdulillah

kemudian dial nombor rakannya
meminta bantuan
oh!!! mahu keluar bertempur keseorangan memang tidak logik
sasanya pak lah memang tidak terlawan

semasa itu kedengaran amukan pak lah makin menjauh
dan "PRANGGGGGG!!!!!"
sekali lagi bunyi kaca berderai
adikku jenguk melalui tingkap
rupanya si orang gila sedang amuk di kedai mak
YA ALLAH!!!


nampak je kawan-kawannya tiba di depan rumah
dalam 10 orang juga yang pantas datang
terus adik keluar
memang nekad mahu
BALUN HENTAK PECAH MUKA!!!
hati panas, geram, berbulu
semua semua lah

sekali
pak wi
sorang lagi abang kepada pak lah ni
datang bentak
tahan adik dari bertindak
di marahnya adik kerana 'dengan orang gila pun mahu berkira'
di halau kawan-kawan adik tadi
"balikkkk balikkk!'
like wtf!!!!!!!!!!! kan
haaaaa ko dah keluar lah ayat x sepatutnya
ishhhhh marahnya aku!

kemudian
pihak polis pun tiba
bunyi siren dari jauh sayup2
menyebabkan lintang pukang lari
si pak lah ni
bersembunyi dia di sebalik pokok pisang
semak samun
segala
cekap sekali polis dapat mengesan pak lah
di rotan bertubi2
untuk melemahkan
tapi pak lah tidak mahu kalah
melawan dan terus lawan
terburai pelikat yang melindungi aurat
terbogellah dia di khalayak
akhirnya
gari dapat di lock di pergelangan tangan
diammmmm semua terdiam
polis terus beredar
mahu bawa ke mana si pak lah itu
tidak pulak di beritahu
biar lah
bawa dia jauh jauh

masa itu mak, ayahanda dan adik syaza sudah tiba
menangis sedu sedan mak aku
mencari si anak
apakah khabar berita
aduuuussss sayu!
menggigil2 mak berdebar kencang jantung hati
luluh segala perasaan
mujur segala nya selamat
tetapi itu kisah satu babak

babak yang lain pula
bila di kerumuni ahli keluarga si gila
apakah salah tindakan adik, mak dan semua?
apakah mahu tunggu bersabar dan berdiam?
perkara sudah berlaku sejauh itu
mereka sesedap berkurung di rumah masing2
yang ada pun hanya memerhati dari jauh
di balik pokok kelapa
di dalam kegelapan malam
takut ke????
kamu ahli keluarganya pun tahu takut
apakah salah kami berperasaan takut juga?
kamu mempunyai tanah lapang luas untuk berlari
bersembunyi
apa ada ruang ke untuk adik aku lari pada ketika itu?
kamu semua pentingkan diri!!!!!!!!!!!!!!
pergi mampus lah
'perasaan belas kesian' yang korang tuntut dari kami
dan sebelum ini
dari semua mangsa2 amukan pak lah
kalau benar kami tidak fikir saudara
sedari khamis yang lalu
mak aku dah laporkan pada polis
tapi kami sabar
sampai ke hari ini
masih sabar
menunggu apakah tindakan korang
tapi
nampaknya
kamu semua tenang menghadapi kehidupan seharian
seperti tiada apa yang berlaku
sedangkan keluarga aku
dalam ketakutan!!!
adil kah?????

note: gambar di peroleh dari kecanggihan telekomunikasi kini
MMS...
terima kasih celcom

15 comments:

Lina Al Sagoff said...

dasat gila...tukang nengok pung kecut..ngan parang la tu ekk?bloody hell org camtu...apa kisahnyer na?ke dia sakit ati sbb suka kat mak na?oppsss...sori kl salah...suka suki aku teka...sila jawab na...didalam YM pun tidak apa...

Neeza.Areef said...

na dia ngamuk smpai gtu skali...

aiseh penin aku baca font merah ko nih

sweetfiza said...

dasyat tul ...ngeri je tgk ...
ish ...yg keluarga derang tak puas ati tu pasal plak ...
nak ada nyawa melayang baru mulut nak diam ke ....apa daa...

aku pun pening gak baca font merah ko tu ...berpinar mata ...

ains said...

ya ampun... makin melampau dier ni... mmg menakut kan......

tapi mmg alhamdulillah la... x da sapa yg cedera....

ains said...

biar la polis tu bawa dier g wad gila dok sana....

mana ada org gila nak ngaku dirinyer gila.. bengong,......

miezrina said...

lina.... aihhhh tidak lah.... ms dia sihat otak... dia dengki kami punya kesenangan walhal bukan la senang sangat, mental problem! that the main issue... dia mmg 'gila' dlm erti kata org sakit mental... tp keluarganya... apa kisah pulak ntah... semua dah gila agaknya
x tahu la apa peralatan yg dia guna... masing2 x nmpk....

za.... begitu lah za... amukan drakulat lagi berhemah aku rasa... ishhh
pening eh...o.k la tue... korang amik la pening tu skit osrang, moga2 dpt kurangkan sedikit pening aku... keh keh

fiza.... keluarga dia juga gila rasanya.... huh!!!!
biarlah ia tetap merah = marah
ekekekekke

miezrina said...

ha'ah ain... bersyukur sgt sgt semuanya selamat

itu la pasal... yg gila tu gila lah... yg duk sihat walafiat otak tu.. apa citer kecoh2

attyfir said...

na..aku baca..aku rasa takut sedih..
kalo ler semua itu berlaku pd mak aku..tak dpt aku bayangkan..semoga lepas nie keadaan akan kembali tenang utk na & family..amin

Anie said...

sakit mata baca kaler merah tu..

melampau sungguh org tu...nasib tak der sapa yg cedera

Fauzieah @ Chome said...

iskk..dasat gak tuh na..kalo ku pun takut..kalo kat kg ku org gila camtu dah lama kena tahan..kalo yang tak kaco org takpe laa..nih bleh bahyerkan org ramai..nak tunggu ader nyawa melayang dulu ker baru nak amik tindakan..yg family dia pun sama naik gila kot..dah tau org tuh gila..bwk2 la gi antor spital mental ker..sok2 dah pukul org ker..mati ker..jadik kes..sape nak tggjawab..iskkk...

..mata ku pinar2 la baca font merah menyala mu..arghh..

miezrina said...

kak ty... herrmmm na pun hrp keadaan akan menjadi spt sedai kala


anie.... skait ek.. hihihi

itu la nasib baik

adie said...

isk..isk.. kalu gila tak kacau orang takpe, takpe ni dah gila tahap membayekan nyawa org len.isk..isk..ngeri

ains said...

yang dok sihat tu kecoh kecoh pasai depa nak jg org gila... hahahahahahha

Zue AnnaLeeya said...

dasyatnyer na... dia ngamuk cmtu skali?? duk baca & nengok entry na pon dah kecut prot, apatah lg yg kt sana erk..

miezrina said...

herm.... itu lah.... ikut marah adik beradik mahu saja mereka balik k ekampung dan hentak mereka2 yg banyak sangat cakap tu... tp apakan daya... kita ada undang2