Uh!! Follow me?

Tuesday, June 9, 2009

sindiket baru

baru baru ini
di kawasan klang valley
terdapat banyak kes penipuan baru
yang dalam kita semua tidak sedar
sudah ramai masyarakat menjadi mangsa

sindiket baru ini
meletakkan target mereka
kepada pemilik kenderaan sederhana
yang baru meletakkan kenderaan mereka
di kawasan parking tertentu

yang terhangat di telinga aku
di kawasan parking area seksyen 9 shah alam
pkns shah alam
World Wide Centre shah alam
dan
Bukit Raja

apa sindiket terbaru ini?
sindiket menjual telefon
secara direct selling
di mana telefon menyerupai bentuk
nokia N95
(tetapi model import dari China)
yang paling famous dalam sindiket ini

mereka ini
akan menggunakan ayat terdesak seperti
"saya mau balik sabah, mau beli tiket kapal terbang.. ndak ada cukup wang"
"saya baru di berentikan kerja dekat kilang, sekarang mau cari kerja baru, x ada wang mau hidup"
"saya ada masalah kewangan, sebab tu saya terdesak mahu jual telefon ni, saya baru je beli awal bulan lepas"

di rata2 balai dalam klang valley ni
sudah ramai yang membuat repot polis
tentang perkara ini
harap anda semua berhati-hati

***********
minggu lepas
sehari sebelum aku balik bercuti ke kampung
abe menghantarku ke tempat kerja
tidak semena2
seorang budak lelaki berumur dalam lingkungan
18 tahun
mengetuk tingkap kereta
di sebelah pemandu

muka abe berubah
tapi dia tetap membuka pintu
dan keluar dari kereta
sedikit conversation berlaku
dan abe memilih
melihat2 telefon bimbit
nokia N95 8G tersebut
kemudian menghulurnya kepada aku
yang masih terpinga-pinga

"cek usim number dia na.."
pinta abe
aku pun menekan2 code
yang ingat2 lupa
maklumlah
sudah lama tidak bergiat dalam dunia henfon

sekali muncul lah
beberapa susunan nombor2
yang agak mencurigakan
kemudian aku menguji bunyi
tapi terbantut
kerana
tiada sebarang memori muzik yang tersimpan
aku godeh lagi
ke folder momori telefon pula
dan dapati
memori sebenarnya bukan la 8G
tetapi 1G sahaja
dan separuh dari momorinya telah di gunakan
dan... tanpa slot memori kad pun
aku off telefon itu
dan on kan semula
'welcome cat!'
tertera di home screen
maka sah
"ini china fon bang"
jerit aku dari dalam kereta
abe yang sedang asyik bersoal jawab dengan budak itu
terus grab tangan kanannya
terkial2 dia cuba melepaskan diri
lantas dia meminta maaf
dan menyatakan
dia mahu memanggil makciknya

sekejapan sahaja
seorang wanita rambut kerinting ikat tocang 1
menuju ke arah kami
aku sudah berdebar2
memang syak ini sesuatu yang aneh
wanita itu datang
cuba menceritakan hal yang sama
seperti budak tadi
"ini anak buah saya, dia tiada bekerja, dia mahu balik ke sabah"
katanya... persis ayat budak lelaki tadi
tidak ada lain pun

abe tanya lagi
"mengapa henfon china mahu di jual pada harga RM850
ini suatu penipuan"
sambil abe keluarkan henfonnya
dan menelifon MPV terdekat

perempuan itu sudah tidak senang duduk
budak lelaki tadi juga
semakin pucat lesi mukanya
aku terdiam dalam kereta
melihat saja kejadian itu
antara faham antara tidak

polis bantuan
di pos berdekatan di hantar ke tempat kejadian
dan abe menyerahkan kedua-duanya
kepada mereka
aku bergegas naik ke pejabat
dalam takut2
mana tahu
jika mereka angkat geng
mereka cam kereta aku
mereka cam muka aku
aduhhhhhh parah ni

petang ku pulang
dan abe cakap
henfon tu masih dalam dashboard kereta
tidak di usik pun
ya allah
henpon china itu
yang aku godeh2
yang aku pegang2
masih dalam kereta kami
ya allah
rezeki ker tu?
atau bala ke itu?
hermmmm

****************************************

hari ini
setelah aku selesai parking
sedang membetulkan tudung
sekali ada budak lelaki
mengetuk pintu kereta
tersentap jantung aku
tapi tangan kuat
spontan naik
angkat tangan kepada budak itu
menanda kan aku tidak sudi nak 'membeli'
hahahhaha
memang dah tahu dia nak jual telefon tu kan
budak itu beransur perlahan-perlahan
hati aku berdebar2 lagi
terus call abe
memberitahu dia
apa yang baru saja berlaku
dalam duk berborak
mata aku sekilas pandang
'makcik' yang sama
yang menjadi makcik kpd budak minggu lepas tu
berlegar2 di kawasan berdekatan
ya allah
dia kenal kereta aku ker?
dia ingat rupa aku ker?
terus meminta abe datang segera
sambil aku tunggu je dalam kereta
x berani ooo nak keluar
tetapi
masa abe tiba
makcik tersebut telah berlalu
ke kawasan belakang
construction area

sempat la aku snap2 gambar makcik tersebut
buat kenang kenangan
hahahha
korang nak tengok ker?
kalo korang nak tengok
nanti aku masukkan ke dalam entry ni
ek...

sekadar menjadi panduan kepada anda semua
jika terjadi perkara2 sebegini
anda jangan lah terpengaruh
nak beli telefon baik ke kedai yang sah
atau order je dari aku
kahkahkahkahkah

P/S: jangan mintak telefon china tu ngan aku
sebab telefon tu aku dah bagi pekerja mak aku
ekekekekkeke
kesian dia x der telefon bimbit hihi
bangga member pakai N95 8G lagi tau
korang ada?
ihiks



15 comments:

~~ciklinn~~ said...

hishh takutlah mcm2 hal kan skrg.... linn pun ada dgr benda ni gak..sblm ni dorang tukar note RM100 kan.... huhuhuhuh

skrg lakkan..dorang hantar anak dara dtg umah pehtu kan kalu kita tak nak layan di maki2 nyer kita... huaaaaaaaaaaaa linn dah kena dah smlm...

atty's said...

uitt..na.,bahaya na..takut gk kan..makcik tu knl kete ko cam ..kete..ko kena tuko kaler ..nieh..

ღ lie _nurulz ღ said...

isk..macam2 cerita dh skang eh..
ngeri je dgr..
agak2 la kalo nak kelentong org tu..hmmm...

Admin.Jomss said...

hmmm... thanks sharing info ni. nak kena bagitau wife ni supaya berhati².

Mamamanja said...

sib baik pandai nak godek2 hp tu...
kalo jenis yg x reti nak godek2?? main sambar jerk kan dah kena tipu

neezareef said...

eh na..
chop chop...
ckp pasal jual hp murah camnie..kt hentian seremban kot x silap member hubby penah gak ade org nk jual mureh...

ntah2 sindiket yg sama ko

neezareef said...

aiseh lupas..mane gambo makcik tuh.huhu

sweetfiza said...

mcm2 hal yerk skrg ni ...
lebih baik klu nak beli apa2 cari kat kedai je...
jgn percaya sgt ngan org2 cam tu ...

tp na ...mna gmba makcik tu ...
heheh...

ains said...

jadi kat ain na... mggu lps kat rnr rawang.... ketuk tingkap tnjuk hp..... tapi x tau hp apa.... sbb ain terus geleng kepala... en abg xda masa tu g toilet.... tapi yg buat org tua... tua x tua la.. dlm 30 an... and ada sorang budak lelaki... dlm 20an.... memasing nak jual hp ngn spek mato....

ains said...

wahahahaha... bangga oooooo pekerja mak na.... mesti org lain jeles...

miezrina said...

ye ke cik linn... alahai... apa jadah umpan anak dara lak haaa... uiiii seriau la...

kak ty.. bahaya kak ty... eeiii takut je dia kenal ishh...

nurul.. ermmm ada benda lbh pelik pun nurul... kita x tau taktik depa2 ni

admin.. haaa.. bitau bitau... suh dia hebahkan kat kwn2 sama... bahaya bahaya

mamamanja... itu lah dia... kalo x sia2 kn tipu je kan

za... nmpknya... di mana2 pun ada sindiket mcm ni za... hati hati la...

fiza... ha'ah... jgn percaya la... tolak dgn cara terbaik... spy derang x apa2 kan kita lak kan...

ains... uishhhh sib baikkkk... jgn percaya dah ain... bagus ain siap geleng2 awal2...

seme nak tgk makcik tu ker... okey... nnt na tempek yah...

Anie said...

mcm2 dengar skrg...risau lah dgn menda2 gini

Hot Mummy said...

bagus info ni...untuk panduan kita bersama...xdelah kena tipah tertipu...

ains said...

nak tgk na nak tgk.... jaja gambo dier padan muka

miezrina said...

anie... itu lah... memang risau sgt2... tawakkal je lah agar perjalanan pergi dan blk kerja kita selamat kan

hotmammy... hebahkan kat kwn2 n sedara mara... sama2 kita prihatin

ain.. wokey... sabarrrr... bila gmbo dah transfer masuk pc akan ku tayang di sini... sabar