Uh!! Follow me?

Wednesday, April 22, 2009

Ako di Hukum Penjara


fast entry je ni

aku terpinga2 bila tengok muka depan akhbar Utusan hari ni
hermmmm

Ako dihukum penjara

KUALA LUMPUR 21 April - Pelakon terkenal, Ako Mustapha, 38, dihukum penjara tiga bulan dan denda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan seorang wanita bukan Islam, dua tahun lalu.

Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha kelihatan terpinga-pinga dan terdiam semasa Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad menjatuhkan hukuman tersebut selepas mempertimbangkan rayuan tertuduh dan hujah pendakwaan.

Wan Mahyuddin bagaimanapun membenarkan permohonan Ako untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara tersebut sehingga selesai rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Beliau bagaimanapun meletakkan syarat bahawa Ako perlu mengemukakan bon jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin kakitangan awam dan denda RM3,000 perlu dibayar hari ini.

Ako yang diwakili peguam syarie, Zuri Zabudin Budiman menjelaskan bayaran denda dan bon jaminan kira-kira pukul 5 petang dengan ditemani oleh abangnya, Muhaini Ahmad Mustapha dan rakannya Shahrin Halim.

Terdahulu, dia yang hadir seorang diri ke mahkamah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan jurusolek artis, Anang Sagunting, 25, di Blok B-2-9 Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini pada pukul 1.20 pagi, 27 Jun 2007.

Dalam rayuan mengurangkan hukuman, dia meminta agar dikenakan denda RM500 sahaja tanpa dikenakan sebarang hukuman penjara memandangkan ini merupakan kesalahannya yang pertama dan tidak pernah mengulanginya serta sudah insaf.

Wan Mahyuddin dalam penghakimannya menyatakan, kesalahan yang dilakukan oleh Ako mungkin akan menjadi ikutan sekiranya hukuman yang setimpal tidak diberikan.

Katanya, ini memandangkan kerjaya Ako sebagai seorang pelakon sering menjadi idola golongan muda termasuk yang beragama Islam.

''Tertuduh sebagai orang Islam sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat sama ada dalam lakonan atau luar lakonan supaya tidak mendatangkan fitnah kepada kesucian Islam.

''Sekiranya satu hukuman yang tidak setimpal atau hukuman dikurangkan, masyarakat akan menganggap kesalahan ini sebagai remeh dan mungkin akan menjadi ikutan.

''Maka dengan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara tiga bulan bermula hari ini,'' tegas beliau.

Dalam keputusannya, hakim tersebut turut menyatakan, ketidakhadiran Ako dalam beberapa prosiding kes itu sebelum ini merupakan satu penghinaan kepada mahkamah.

Ako yang kini telah berkahwin dengan Kartina Abdullah, 29, pernah dikenakan waran tangkap pada 20 Januari lalu selepas empat kali gagal hadir ke mahkamah sejak kesnya disebut pada 20 Mei 2008.

Pendakwaan dikendalikan oleh pendakwa syarie, Shamsul Khair Bahro dan Siti Fatimah Ahmad Maulana manakala tertuduh diwakili peguam syarie, Zuri Zabudin Budiman.

Ketika ditemui selepas membuat pembayaran, Ako yang kelihatan muram dan masih terkejut sempat menyatakan 'harap awak semua terhibur' kepada pihak media sebelum memasuki keretanya dan meninggalkan pekarangan mahkamah.


alahai Ako

macam2 hal la ko nih

kesian bini kau weh


apa pun biarlah ini menjadi pengajaran untuk artis2 lain

buat la menda lain yg lbh berfaedah ye

sia-sia hidup!


info: utusan online dan banyak lagi berita lain yang menarik..

6 comments:

attyfir said...

abis..masuk jail..

MARiE LUkMAN™ said...

kasihan dia...

harap muka je skema~!

miezrina said...

hermmmm x terkata daku....

Gieyana said...

malu jer kan! nmpak terang2an tue..

attyfir said...

abis ar masuk jail...

miezrina said...

btl la ap ahakim tu cakap kan...

harus di beri hukuman setimpal...

nasib ko la ako... menjadi cth kpd yang lain.... gasak!