Uh!! Follow me?

Wednesday, April 29, 2009

pertama kali servis


ada permintaan
kisah servis kereta nampaknya
wahhhh macam kereta hebat
padahal myvi jer
ohhhh kenapa ari tu aku x beli caldina oh kenapa?
eh tetiba pulak
wakakakkakaka

o.k teruskan cerita

seperti sudah di terangkan di episod entry yang sebelum ini
myvi ku di bawa pulang oleh bapaku
teringin katanya
ihihihi

jadi bila sudah melalui lebuh raya
hutan belantara
merentasi beberapa negeri pantai timur
ye... memang beberapa
sebab 2 negeri pantai timur mereka rempuh
1.... pahang, sebab derang nak
singgah rumah abang long aku dulu
di kuantan
dan ke 2, negeri terengganu la kan
ater umah kampung ku di besut kan
berapa kilometer ye
dari kl - kuantan - bukit besi - setiu - besut
ohhhh beberapa ratus la agaknya yer
dari bacaan kilometer 800 lebih tu
bila time aku balik 10 hb apr lalu
dah jadi 1549
ohhh itu plus bapak aku
asik duk bawa myvi je ke hulur ke hilir round kampung
maka tersidai la wira kesayangan sebelum nampak myvi ni
hahahhahaha
bengang je mak aku
hangin satu badan nengok gaya bapak aku
wakakkakakak
x per la mak.... teringin katanya
hihi

so nak x nak...
sebab myvi baru kan
kalo lama
aku x resah nak servis ke hapa ke
terus langsung bawa balik shah alam
servis je lah kat shah alam
kannnnn
tapi itu la dia
menjerit2 agent dia
call aku
tanya dah service ker?
kena berapa rats?
bagus perkhidmatan en mazli ni
boleh di rekemen kepada rakan2
hingga urusan servis kereta pun dia gegar kita
bagus!

so maka itu
terjadi lah episod
mencari pusat service di kampung halaman orang
perodua Kota Bharu
maka saksikanlah gambar2 berkenaan

ada 7 lot servis
kiranya 7 kereta sekali masuk
cepat la kerjanya
masa kami sampai tu
ngam ngam derang baru je lepas rehat tengah hari
rezeki la
risau budak2 kebosanan
anak2 aku mungkin o.k
tapi anak2 abang ngah aku
wuiiiiii derang jenis x boleh stay lelama
kang mengajak balik je la kejenya

nasib baik lah
ada tempat menunggu
yang best
siap ada playground area
kami je bawa anak2
so kami lah konker area tu
hahaha

bahan bacaan untuk pelanggan

tempat menunggu
yang siap di hidang kuih muih weii
ohhhhaiiii bagus tau
al maklum lah aku ni jakun
festime servis kete kat perodua katanya
huhuhuhu
aku rasa kek yang di hidang
hanya di makan oleh kami anak beranak je
lapo kan
belum makan tengah hari lagi
wahahahhaha
mesti perodua heran
dari mana la datangnya
keluarga pelahap ni
udah la angkut adik beradik
menghabiskan kek pulak
hahahha

itu myvi ku
derang ada marathon 1 jam
maknanya
servis 1 jam untuk satu buah kereta
tapi dah siap2 cakap kat kami
1 jam setengah
ye la
aku tidak la sampai kejam nau nak sharp2 siap 1 jam
walaupun syaratnya kata
kalo lebih dari 1 jam
maka service tu percuma gitu kan
aku paham la masalah mesin hidroulik tu
terkedek2 menaikkan kete kan
lagipulak
derang nak pasang cover bonet
so o.k la.... 1 jam setengah
kami pun x dan puas duduk lepak makan kek kat situ
x sempat pun nak buat teh
eh dah siap pulak
huhuhuhu

berapa kena?
RM201.80

next servis di jangka july ini
atau bila genap 5000km
jumpa lagi perodua
good service!
i like!

Tuesday, April 28, 2009

parah!

herm
baru pulang dari mesyuarat di uitm td
2 jam yang penuh makna....

hah title?
oh, x der apa maksud pun
saja kasi hits naik...
wakakakkaka





parah?
selsema + batuk ku bertambah parah
tambahan panas pula cuaca
ishhh
x larat betul
kena banyak minum isotonik drink
supaya x pitam
dek kerana panas yang melampau2
menyesal x support kempen
Earth hour baru2 ini

opssssss
ngeeee

o.k lupakan!


perkara berbangkit
antara senarai entry yang bakal basi
maka semerbak bau masam keluar dari blog aku
akan aku publish juga
walaupun bukan hari ini
atau mungkin jugak x muncul minggu ini
hermmm
tapi lambat atau cepat pasti menyusul juga kelak
janji

koleksi cerita sekitar
10.04.09 - 14.04.09

1. cerita kenduri x di sangka
pulang ke kampung halaman
semata mahu mengambil balik
myvi yang bapak teringin drive balik kampung
seminggu juga myvi di kampung
alih2 mak buat kenduri arwah
berhimpun sebahagian orang kampung dan segelintir saudara mara
seronok!

2. sebab bapa drive myvi balik kampung
maka genap kiraan kilometer maka tiba masa untuk di service
atau sebenarnya bukan saja genap..
malah terlebih kilometer
sudah 1549 km perjalanan
so terpaksa cari perodua service di kampung halaman orang
yakni kota bharu
bukan x mahu mengaku saya kelahiran kelantan
saya mengaku!
tapi bukan lahir di kota bharu
jadi itu tetap kampung halaman orang lain
haha
kampung saya bachok... tu dia.... ihiksss


3. agak tidak patut
dan tiada tujuan melawat KB mall
tapi tidak tahu nak buat apa di situ
lalu selepas 1 jam menyinggah
dan merembeskan sedikit bekalan kewangan di situ
tanpa niat
sungguh memang x berniat
kalo ada niat bukan 1 jam
kami tidak lama kerana
ramai betul manusia
anak2 sahaja yang enjoy
kerana pertama kali naik troli berkereta
atau kereta bertroli
pilihlah yang mana anda suka
haha



4. cerita tetang makan kah?
mencari Pantai Cinta Berahi (PCB)
macam dah ada nama lain untuk pantai ini
apa yer?

tapi tidak ketemuan
lalu sesat di kampung halaman orang
hilang punca ke pangkal jalan
kelaparan memaksa
singgah sahaja restoran yang kelihatan
nasib begitu baik
terserempak (mcm x kena je perkataan ni)
dengan restoran indah permai
menghargai alam
sedap pulak tu masakan dia
kalau mak ke adik ke ajak ke restoran itu lagi
agak2 keliru juga
mungkin kena sesat lagi
baru berjumpa... hihi



5. lagi, cerita adik ipar kahwin tiba2
sudah tidak boleh tunggu kakak dia
hahahahha
asal mendapat restu
apa ada kisah
asal sah
mak bapak pun tidak mendapat susah
ada hikmah juga
orang tua yang hampir tidak berdaya
sekurang-kurangkan ada menantu baru yang jaga
kami x boleh balik selalu kan











7. atau tiba tiba
ada contest teka gambar
cuba teka gambar apa ini?
senang bangat
cuba cuba
soalan kacang ni
dah rupa aku ni banyak duit terlebih
saja nak kasi hadiah kat korang
so teka
teka lah! *paksa*

pemenang pengomel blog aku

wahahhahahha gempaq weh tajuk
ye lah aku rasa
dah tiba masa aku menghargai
mengomen setia blog aku
udahla blog aku ni cam ala2 kadar je kan
entry pun PERASAN je lebih
tapi
si dia ni
tetap setia
dan biasanya
menjadi pengomen pertama kat entry2 aku
macam blog ni aku tuju kat dia pulak dah
hahahhahaha

apa pun thanks besen
u deserve it!
untuk ke blog dia
korang boleh klik gambar di atas
(aku rasa ramai tau blog dia ni kan)

dan hadiahnya adalah
jeng jeng jeng
**drum roll** skit la kan
kasi gempak gitu
hahahahhaha

bagi merialisasi kan
proses mem'flawless' kan lagi muka za ni
aku tolong melengkapkan
koleksi nya sahaja
hihihihi

sila email address anda ye Puan besen
daku akan cepat2 pos kan
barang baik ni yer
harap kau sukakkk


kepada mereka2 yang masih mencuba2 menjadi top commentor
jangan putus asa ye (eceh cam byk nau orang nak komen wakkaka)
mulai sekarang
aku akan nobatkan korang2 ni
setiap bulan
dan hadiahnya
ikut kemampuan musim
okeh
ihiksssss

Friday, April 24, 2009

tag blog


rasa nak tukar nama tag ni
namanya
tag jalan2 cari pasal
wahahahhahahaha
petang semalam masuk blog kak atty kita tu
sekali dia cakap
siapa yang terpandang Tag ini
dia kena buat
siap pesan x boleh tipu2 yer

wakakakakakakkakakakka

so,
dalam mood nak berjemaah bertag beramai2 ni
aku buat la tag ni kan


1)Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

o.k kalo tgk kat tab masing2
nama blog aku memang 'miezrina'
tapi benonya setelah aku sukaaaa betul
dengan description yang aku guna
'mencari yang terindah'
so aku tengah godeh
macam mana nak tukar jadi 'mencari yang terindah' tu
boleh ker ek?



2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?


x der timbul idea dari mana atau macam mana pun
itu memang nick yang biasa aku guna

ia adalah gabungan nama ku n suami
0mie + azrina


3. APAKAH ‘METHOD’ PENULISAN DALAM BLOG ANDA

method yer, sebenarnya aku main buh je
taram je tulis apa aku nak tulis
x der la aku specifickan
hanya topik sekian sekian je yang boleh masuk
so methodnya bebas
hahahaha

4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda?

tidak mungkin, kerana amat sia sia lah usaha ku
membazirlah masa aku
rugi lah hari hari lalu aku
kalo aku hapuskan blog ni
never!


5)Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?

pendapatku?
beliau sporting, banyak cakap, happy go lucky
pandai bawa diri, banyak pengalaman
mempunyai famili yang amat sempoi
boleh di jadikan kakak
dan contoh hebat dalam rumahtangga
kerana aku tahu
susah payah beliau sehingga sampai ke titik sekarang
wahhhhh! kan main ek bodek kak ty
wakakkakaka

saya serius!!!


6) siapa mangsa tag ini yang seterusnya
mama oja
mama emma
as (new fren)

itu aje... huhuhu

Thursday, April 23, 2009

sikit cerita last week

ni before balik kampung
sekali lagi cantas rambut aniq skit...
benonya daddy dia je nak potong rambut
dia kan baruuu je potong hari tu
tapi biasa lah
budak baru kenal meng'hensem' ni kan
adeh... tiap kali potong rambut sure mak pak dia puji2
hensem... tu sebab nya suka ya amat
hahahahhaha


this time...
dia dah terer betul
betul2 macam budak yang dah besar2
tahan je apa pun ane tu buat
last2
ane tu bentuk side burn dia
haaa ngan pisau gilette tu kan
wahhhh berani betul dia

saja lah..
aniq nak show off
side burn dia.. first time buat ni
hahhahaha



semua pompuan macam ni ker?

wahahhahahahha
cam takut je soalan aku tu yer
bukan apa
kisah perihal kita ni pompuan
kerja nak bergaya je kan
(aku la tu)

aku skang ni kan
kalo drive
mesti berkaki ayam
berkaki ayam? ye lah maksudnya
x pakai selipar atau kasut ler
kaki tetap kaki aku jugak
hahahahhaha
saja konon2 korang xtahu maksud 'berkaki ayam'

x tau la kenapa
memang x reti nak bajet
nak tekan minyak banyak mana
kalo bersepatu (sepatu pulak!)
ntah
aku rs sebab aku skang suka beli sandal tapak tebal
ala ala terompah kan
sekarang ni asal cari kasut je
mesti ala terompah
atau bunyi lebih best kalo sebut wedges

selesa pakai sipor gitu
nak ngejar anak
nak jalan laju2
nak dukung anak
memang best lah

tapi kekurangan dia
haaa tang nak tekan minyak tu lah
adeiiiiiii x reti nak bajet weiii
kang terlebih tekan
shummm ko.. kiss bontot kete orang
eeeeiiii ngeri je weh

kesan yang aku alami
selepas begitu minat ngan wedges tu kan
kalo aku pakai sipor nipis sekali pun
x kira lah
sipor jepun
sandel biasa sekali pun
aku x reti dah nak tekan minyak
uiiiiii bahaya sungguh kesan sipor tebal tu ek

la ni nak kena belajar gak
drive pakai wedges tu
susah weiii..
nak bukak2 sipor masa drive
penah masa nak isi minyak
bam... aku keluar dari kete
berkaki ayam ko
adehhhhh
cepat2 aku cover keadaan
rasa2 x der orang yang terperasan
ada minah x baper nak cun
berspek itam belagak bagus
alih2 berkaki ayam
weiiiii malu
ishhhhh
korang mcam tu jugak ker?

warehouse sale!

semalam balik dari kerja...
ingat nak ke MetroJaya warehouse sale
kat stadium melawati tu

sekali tengok orang wuiii ramai
dah petang kul 6++ tu
masih berderet2 orang
ohhh aku bawa anak2 ms tu
amat tidak sesuai weh

gambar gegar tapi tetap nak buh gak
sebab penat weh aku snap...
dah la gigih tipu2 macam membaca sms
sambil dukung si akid lak haaa

tak jadi masuk dalam
lepak2 kejap kat gerai2 luar tu je
tengok promo ezora

o.k lah MPV baru tu
first baby rite?
what do we expected?
abe cakap...
"seat belakang tu... kalo orang tua duduk... terus x leh bangun... cramp!"
hhahhahahah memang sempit lah skit






then aku berjaya merasuk abe
ke SACC mall lak

poney sale kan last day semalam
huhuhuhuhu
elok pulak masa dalam perjalanan tu akid terlena
wahhhh "abe tunggu dalam car ek..."
wakakakakkaka
seronokkkk

tapi ater hari terakhir
tentulah tidak sehebat 1st day kan
hermmm
banyak t-shirt je lah...
jeans, harammm x der...
x per lah.... lenkali beli lain

t-shirt sedondon dua beradik tu
3 lai sorang je
brief untuk aniq
x habis RM100 pun
cukup lah tu

and the model
hahahhaha

**********************************************


uiksss kenapa keluar muka macam hepi x patut nih
hahahahhahaha
disebabkan kekecewaan semalam
ceeeewahhhhhh

aku mendapat keizinan untuk pergi hari ni
bodek boss sket... cik abe sket
wahhhhhh berjaya
tapi 2 jam je paling max
wahhhhh membeli membelah dalam masa 2 jam
boleh ker??
alahaiiiii
cuba lah kan...
aku kan terer merembat
hahahahhahaha

1 set comfoter less 70%
dapat pillo 1
tapi aku x amik pillow tu
udah hadiah akan dpt lps bayar
udah bayar aku x boleh masuk balik dgn merangkul barang2 itu
nak tggl kat security pun
depa x mo terima
so BAGAIMANA???
sib baik hadiah ko 1 pillow span biasa tu je
kalo la pillow yg rege RM200 less jd RM80 tu
aku gagah anto barang2 kat kete
and datang balik
sib baik je ko hahahahhaha

1 set super single comfoter set utk aniq...
gambar tazmania rasanya
x sure pulak
then t-shirt anak2 + aku (bodyglove happy hour lak masa tu..
RM13 je t-shirt aku tu)
t-shirt berkolar renoma
mainan anak2 sorang 1 je
bra n panties wacoal murah murah
henbeg beverly hills polo 50%
total spending RM588.30
uiiiiiii best

hanya itu je yang mampu ku sambar
sib baik tangan ni ada 2 jer...
kalo 6 pasang?
bagaimanakah?
wakakakkakakakakka

sila sila pergi MJ sale
sangatttttttttttt berbaloi
tahan sesak orang ramai sangat je lah
lain2 o.k


Wednesday, April 22, 2009

Ako di Hukum Penjara


fast entry je ni

aku terpinga2 bila tengok muka depan akhbar Utusan hari ni
hermmmm

Ako dihukum penjara

KUALA LUMPUR 21 April - Pelakon terkenal, Ako Mustapha, 38, dihukum penjara tiga bulan dan denda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan seorang wanita bukan Islam, dua tahun lalu.

Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha kelihatan terpinga-pinga dan terdiam semasa Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad menjatuhkan hukuman tersebut selepas mempertimbangkan rayuan tertuduh dan hujah pendakwaan.

Wan Mahyuddin bagaimanapun membenarkan permohonan Ako untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara tersebut sehingga selesai rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Beliau bagaimanapun meletakkan syarat bahawa Ako perlu mengemukakan bon jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin kakitangan awam dan denda RM3,000 perlu dibayar hari ini.

Ako yang diwakili peguam syarie, Zuri Zabudin Budiman menjelaskan bayaran denda dan bon jaminan kira-kira pukul 5 petang dengan ditemani oleh abangnya, Muhaini Ahmad Mustapha dan rakannya Shahrin Halim.

Terdahulu, dia yang hadir seorang diri ke mahkamah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan jurusolek artis, Anang Sagunting, 25, di Blok B-2-9 Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini pada pukul 1.20 pagi, 27 Jun 2007.

Dalam rayuan mengurangkan hukuman, dia meminta agar dikenakan denda RM500 sahaja tanpa dikenakan sebarang hukuman penjara memandangkan ini merupakan kesalahannya yang pertama dan tidak pernah mengulanginya serta sudah insaf.

Wan Mahyuddin dalam penghakimannya menyatakan, kesalahan yang dilakukan oleh Ako mungkin akan menjadi ikutan sekiranya hukuman yang setimpal tidak diberikan.

Katanya, ini memandangkan kerjaya Ako sebagai seorang pelakon sering menjadi idola golongan muda termasuk yang beragama Islam.

''Tertuduh sebagai orang Islam sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat sama ada dalam lakonan atau luar lakonan supaya tidak mendatangkan fitnah kepada kesucian Islam.

''Sekiranya satu hukuman yang tidak setimpal atau hukuman dikurangkan, masyarakat akan menganggap kesalahan ini sebagai remeh dan mungkin akan menjadi ikutan.

''Maka dengan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara tiga bulan bermula hari ini,'' tegas beliau.

Dalam keputusannya, hakim tersebut turut menyatakan, ketidakhadiran Ako dalam beberapa prosiding kes itu sebelum ini merupakan satu penghinaan kepada mahkamah.

Ako yang kini telah berkahwin dengan Kartina Abdullah, 29, pernah dikenakan waran tangkap pada 20 Januari lalu selepas empat kali gagal hadir ke mahkamah sejak kesnya disebut pada 20 Mei 2008.

Pendakwaan dikendalikan oleh pendakwa syarie, Shamsul Khair Bahro dan Siti Fatimah Ahmad Maulana manakala tertuduh diwakili peguam syarie, Zuri Zabudin Budiman.

Ketika ditemui selepas membuat pembayaran, Ako yang kelihatan muram dan masih terkejut sempat menyatakan 'harap awak semua terhibur' kepada pihak media sebelum memasuki keretanya dan meninggalkan pekarangan mahkamah.


alahai Ako

macam2 hal la ko nih

kesian bini kau weh


apa pun biarlah ini menjadi pengajaran untuk artis2 lain

buat la menda lain yg lbh berfaedah ye

sia-sia hidup!


info: utusan online dan banyak lagi berita lain yang menarik..

Monday, April 20, 2009

Tag desktop picture

bosan bosan di kala petang
apa kata kita layan tang tag

wahahahhah
terima lah pantun 2 kerat tu
dah cuba betul2
tapi tetap tak senada
wahahhaha

petang ni buat blog walking
ntah ke mana2 dah jejak aku
nasib tidak sesat

tiada mood mengupdate blog
aku tahu
masih berhutang banyakkkk tag
yang korang paksa aku buat
aku langsung tak buat
sehingga ada yang sudah merajuk..tidak mahu tag aku lagi
ye... saya tidak bekerja sama
maaf
(harap korang maafkan aku yer)

ini nak buat tag yang orang x suruh
tapi aku tengok ramai betul yang buat
aku pun macam penah je buat
tapi lama dah
dan tajuknya macam lain skit lah kan
x per... itu wallpaper lama
bulan lepas dan bulan ni
aku dah pakai picture baru
so aku nak buat ni
(bangga... buat tag)

peraturannya;
printscreen kan wallpaper desktop PC anda
:ini dia gambar aku guna:

kenapa anda guna wallpaper tersebut?
oh... itu gambar anak2 aku
rasa macam derang sangat memberi inspirasi
setiap saat aku rindu mereka
dan gambar itu memberikan kelegaan kerinduan (eh apa aku merepek)
gitu la maksud dia lebih kurang haha

sila tag 5 rakan anda..
x per lah.... rakan2 aku dah buat dah
dan mereka tentunya marah
kalo aku tag mereka
sedangkan aku belum buat tag yang mereka berikan
sob sob sob...

jumaat yang mabuk... erks!

hahahha
betul memang aku mabuk
ahaks

mesti suspen je kan hahaha
jumaat lepas hari outing ngan boss..
wah ko
outing lagi
aku sebenarnya takut kalo ada sesi outing ngan bos
oh x dapat bayangkan...
'menakutkan'
(gaya sebut mcm sarimah dlm diari AF tu.. wakahkahkah)

wahhhh laju je mereka jalan
tinggal aku terkedek2
berlangkah pendek2
udah macam berlari anak pun ada dah aku pada hari itu
bila boss terlebih excited
maka aku tercorot lah kat belakang tu

wohooooo nak kemana ni?

opsssss!
tu dia tempat tujuan
hermmm

dari office bos dah siap2 wat panggilan telefon
kat beberapa buah kedai kamera yang ada
dan
paling cun price n promo yang dapat
kedai ni lah
hermmm
promo apa yer
ahakssssss!

masuk ke kedai gambar/camera
foto selangor
buat hati tidak keruan
oh...
*
*
*
*
*
*
welcome..
my new DSLR

canon 450D
this one is the real one
the real DSLR
x mahu menipu anda lagi
saya memang gila menangkap gambar
dengan ini
maka tangkapan saya akan berkurang dari segi kuantiti
tapi extra dalam kualiti insya'allah
aduhhhhh




hati sudah berbunga-bunga
walau poket jadi nipis
bulan ini aku kena puasa nampaknya
wahkahkahkahkahkah


kepada photographer di luar sana
sila berjabat tangan dengan aku
jom photog outing sama2