Uh!! Follow me?

Thursday, August 21, 2008

aduhai hati ibu

Lanun rampas kapal MISC

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Sebuah kapal tangki minyak milik MISC Bhd., MT Bunga Melati Dua dirampas oleh lanun di Teluk Aden berhampiran Somalia dan Yemen.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kejadian rampasan itu berlaku pada pukul 10.09 malam semalam ketika kapal yang sarat dengan muatan minyak kelapa sawit itu sedang belayar dari Dumai, Sumatera menuju Rotterdam.

"Seramai 39 anak kapal terdiri daripada 29 rakyat Malaysia dan 10 rakyat Filipina yang menaiki kapal MT Bunga Melati Dua itu turut ditahan oleh lanun.

"MISC Bhd telah melaporkan kejadian rampasan dan penahanan anak kapal tersebut kepada pihak berkuasa tempatan di sana untuk mengambil tindakan menyelamat dan bantuan," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, sehingga petang ini, MISC masih belum menerima sebarang maklumat dan perkembangan terbaru mengenai insiden rampasan itu.

sumber: utusan malaysia online http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0821&pub=utusan_malaysia&sec=jenayah&pg=je_01.htm&arc=hive


al kisahnya.. adik bongsu ku telah menyambung tugasnya sebagai 'pelaut' dengan MISC berhad setelah setengah thn berehat di rumah. Dia telah menyahut cabaran tugas di atas Kapal Bunga Melati 7 milik MISC Berhad pada 5.08.08, berlepas dari Singapore.

Dan, semalam, dilaporkan melalui Buletin Utama TV3, sebuah kapal milik MISC telah di hijack pirate g*mp*ng.. ini merupakan kes sulung yang berlaku ke atas kapal milik MISC. Kapal yang tersebut merupakan kapal yang adik aku naiki sebelum ini, Bunga Melati 2. dan beberapa orang malaysia daripada 29 orang itu adalah rakan sekuliah dia. ya'allah Kau selamatkan lah mereka yang menjadi mangsa, Kau tunjukkan lah jalan terbaik bagi menyelesaikan kekalutan ini.

dan, kaitannya dengan entry aku kali ni, ibuku, semalam selepas mendengar berita di TV3, masih belum berhenti menangis walaupun kes ini tidak melibatkan anak lelaki bongsu dia tu. Macam mana kami adik beradik hendak memujuk hati ibu. ya'allah ko tunjukkan jalan kepada ku, untuk aku menenangkan hati ibu itu, seperti mana dia telah buat kepada ku pada minggu lepas (refer entry 'aku tengah sedih).


Pagi tadi aku sempat ber'sms' dengan adik aku tu, alhamdulillah dia tengah anchor di lautan Sumatera berdekatan port indonesia. Mereka mendapat arahan untuk tidak meneruskan perjalanan buat seketika. alhamdulillah lega selepas mengetahui kedudukan dia. harap segalanya pulih seperti sedia kala.


adik aku (baju putih) yang encem!

ni masa kami buat lawatan x rasmi atas kapal (Bunga Melati 2). Hari adik aku sign off Jan2008




pandangan dari bridge kapal Bunga Melati 2

12 comments:

attyfir said...

harap takde apa2 yer na..

Anonymous said...

herm.... insyaallah,... x da apa²... tp hati seorang ibu kan.... mcm tu la...

miezrina said...

mak mmg mcm tu.... kesian btl la keadaan dia mlm td n early this morning
harap mak boleh tenang selepas dpt berbicara dgn adik nnt..

Anonymous said...

lor..ye ke meq??

takutnya, ingat zaman dlu jer pirates2 nie...(xtercapai dek akalmu!!)

aku klu pirate ni byg kn Johnny deep jer... lanun yg ensem!! heh! sori ye terwat lawak lak...

harap2 sumer selamat... so brapa org kwn2 ummi? org kg hg gak ke??

Emma said...

huh.. takutnye...

adik na tu kene balik kg jumpa ibu na cepat2 la.. mayb time tu baru dia tenang kot...

-mama emma-

miezrina said...

chik~ehheheh kalo pirate tu sehensem Jonhy deep.. aku nak ctc depa suh kidnap wat blk lak pirate2 tu haa ihiks.. ye lah... menda x per apa2 kan... x der kena mengena ngan adik aku pun.. tp hg pun phm kan mak aku mcm mn... ishhh... mlm td sembang dah o.k dah... dia ckp kesian kat kwn2 ummi je... sbb rapat gak ngan dia kan.. slalu lepak2 umah

kak emma ~ adik x leh blk... sbb baru je sign on... lg 5 bln ++ baru blk... hermm dr smlm try nak call mak x dpt2... sms je leh masuk... mak ku x reti bc sms... cam mn tu.. adehai kesian adik ngan mak

Anonymous said...

my bf sign on for melati 2..n now..the ship was hijacked by pirate!!! and now..hanya tinggal doa dan tawakal buat dia..moga2 Allah akan selamatkan dia n seluruh crew melati 2.. :(

miezrina said...

ya allah az...

sedihnya.... tawakkal je la ye az... moga ALLAH membantu orang yang x bersalah tu ye....

banyakkan bersabar ye....

dean said...

salam..mm. sampaikan salam kat mak awak tu ckp jgn risau. adik awak tu ok.keje dimana-mana ada risiko. di laut di udara di darat sekali pun kalau dah kententuan Ilahi kita sebagai hambanya harus tabah menerima kenyataanya.

Anonymous said...

Beberapa perkara perlu difikirkan

1. Di manakan DS Najib?
2. Menempatkan kapal friget TLDM di perairan Yaman dan Somalia
3. Di manakah PDRM? Katanya antara pasukan polis terbaik di dunia.

yunyun_chanchan said...

yunyun_chanchan@yahoo.com
salam sayang....
pada 30hb ogos 2008,keluarga akk d kejutkan berita lagi rampasan kapal oleh lanun.panggilan daripada pihak misc,membimbangkan kami sekeluarga.kapal melati 5,kapal yang dinaikki adik akk.pegawai 3...firdaus kamarul.kepada anda tolonglah keluarga kami dengan bersolat hajat agar ank2 kapal melati 2 dan 5 selamat dengan baiknya.sehingga ini air mata ibu x berhenti2 menangisi dan bimbang atas keselamatan adk bongsu akk.kepada anda,moga d berkati allah...

Anonymous said...

Salam.....Bunga Melati 5 itulah kapal yg Suami aku naiki, mesej terakhir yg dikirim sbelum kejadian mengatakan kapal Melati 5 akan belayar dr Yanbu ke Singapura, Doakan agar kapal selamat melintasi Teluk Aden katanya..hati ku risau namun masih berharap & berdoa agar semuanya selamat..mesej yg ku kirim juga tak berbalas...selang beberapa hari MISC call memberitahu berita insiden tersebut..pilu hatiku berderai juga airmata ini..namun ku Tabahkan hati..ku anggap ianya ujian dari Ilahi..hanya Doa yg mampu ku pohon dari Allah Yang Maha Esa..semoga Suamiku serta anak2 kapal yg lain dibebaskan dgn Selamat. Semoga Allah tabahkan hati Suamiku serta anak2 kapal yg lain.. amin..