Uh!! Follow me?
Saturday, August 28, 2010
sepi
x yah nak spekku apa2 la yer....
aku memilih utk berdiam seketika
ala2 lama giler jugak tu
sbb aku perlu dan di perlukan utk menguruskan sesuatu
ada la sedikit urusan yang perlu aku lakukan
demi masa depan
masa depan aku, anak2 dan keluarga aku
kdg2 terasa juga hendak menulis
menulis ni kan syok
dpt meluahkan apa yang perlu di luah
dpt mengubati duka resah
dpt juga memujuk hati
bila mendpt komen2 positif rakan
kini aku dah x nak sepi
aku ingat nak mula menulis blk
tapi kekerapannya bagaimana
belum dpt ku janjikan
aku x dpt putuskan lagi
namun
izinkan aku menumpang lagi di ruangan blogger ini
menumpang mengadu nasib
berkongsi suka duka
yang penting
ingin kembali bersama rakan2 di blog
yang aku rasa..... kamu kamu dan kamu
lebih jujur......
maka..................
hai awak... selamat berkenalan ngeheeee
Wednesday, June 23, 2010
Dah besar rupanya dia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, May 20, 2010
kepada yang rindu
erm x per la...
aku just nak up entry ringkas utk kwn2 yang duk tanya2
apa kes dendiam
blog pun cam nak reban dah...
x der update....
x der khabar...
busy la i..
ermmm...
sebenarnya ada je ruang utk online...
tp tu la..... ntah apa kesnya
mcm terhad je masa utk blog
then macam terlalu byk nak story
tp satu hapa pun x dpt di tulis
blur alang gitu la
tunggu la one day ek
aku siap2 kan segala entry yg bersawang dlm draft
(udah basi tp nak jugak up kan)
hari ni macam nak buat entry
tp tertangguh2...
siap upload gmbr half way
daaaa x tau nak bikin ayat mcm mana
now
nak kuar makan lak
sebab kul 2 ada training ngan big client
haihhhhh
busy lah
til then
chiow!
Tuesday, May 4, 2010
keluh resah
engkaulah ratu hatiku
bila ku berduka
engkau..
hiburkan selalu
ibu ibu
engkaulah
ratu hatiku"
mata bengkak
cover mekap itam + eye liner tebal
tapi kantoi gak
seme org tahu gak
aku duk keluh resah
ya allah
dugaan apa ini
kadang kita sudah cuba yang terbaik
untuk memuaskan
hati semua pihak
tapi ada seperkara dua
yang kita akan terlepas pandang
manusia biasa memang begitu
nukilan utk mak:
mak na tahu na x sebagus yang di harapkan
insya'allah akan di perbaiki
mak jangan sedih2
nnt na lagi sedih
na mintak maaf
na memang belum dapat
membahagiakan mak
seperti mana mak bersusah payah
membahagiakan
kami adik beradik
mak merupakan inspirasi na
na nak jadi seperti mak
sekuat dan setabah mak
bukan wang ringgit yang di kejar
bukan pangkat yang di gilai
tapi maruah..
na buat semua ni demi maruah
na x sempat buat mak faham
segala-galanya
tapi na x mungkin dapat memuaskan
hati semua orang
terima kasih kerana sudi berkunjung
ke rumah na yang serba kekurangan
terima kasih
dan maaf...
.
.
.
.
.
.
isk isk isk...
-sambung nangis-
Wednesday, April 21, 2010
Membaca jambatan ilmu
Ke hulu ke hilir
Semput aku nengoknya
Nah.... Amik buku ni
Belek!
Yg x tahannya buku pasal travel tau
Wakakkakakaaka
Owh Sekarang berada di klinik
Adik aku a.k.a pengasuh anak2
sakit perut dah 2 hari
Tp x cakap pun
Patut la nampak pucat aje hah
X bermaya
Harap2 la x der yg serius
Amin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, April 15, 2010
IKEA - posting berbangkit (BASI)
dah terlalu lama draft ini tersimpan
aduyai.......
sementara x dak gambar lain
atau mood untuk nak menceritakan perkara lain
tu masih lagi x wujud...
maka apa kata
hari ni kita keluarkan cerita2
lama koleksi basi
keh keh keh.....
salah satunya
cerita tentang lawatan rasmi ke IKEA
herm
aku jarang la sampai IKEA tu
kalo di kira...
sejak berada di shah alam ni
x lebih dari 5 kali kot aku berkunjung
ke IKEA
masalah la skit kan
abe tu bukan suka pegi tempat2 gini
kang kalo aku pegi situ
membelinya idak
atau hanya membawa pulang saketul vase kaca
wahahahhaha
mahu dia banned terus itu IKEA
jadi,
aku kena teliti katalog IKEA
kena kumpul wang berjuta (exaggerate!)
baru boleh sekali harung
grab je apa yang aku dah list
keh keh
aku anggap
gambar tanpa caption itu
boleh mentafsir cerita yang ingin aku sampaikan
malas betul nak susun balik gambar2nya
bior lantak dia berterabur di situ
korang paham2 kan aje ye
hah cuma aku nak story pasal gambar ini aje
eh eh
bukan nak tunjuk tuan tanah yang memang sedia
aku nak tunjuk view background tu haaa
korang rasa kami angkut barang2 tu semua naik apa?
wahahahhahahhaha
jenuh mendap absorber myvi aku
mana x nya
membeli belah x hingat space nama dia
aduiii
abe membebel2 aku terkebil2
wah jadi pantun dua kerat apa ntah
aku letak cerita ini dalam koleksi 'my casa'
okay
al-maklumlah dari bila ntah janji nak update deco umah
sampai la ni
x tercapai dek akal....
kita pelan2 kayuh eh
tunguuuuuuuuu....
Friday, March 26, 2010
taichi.... aktiviti terbaru ku
dari awal tahun ari tu....
sampai la ke hari ini....
aktiviti terbaru aku
taichi
bersenam secara kesihatan persekitaran
hikssss... mcm best bunyinya kan
kadang2 kalo lambat sangat tu
x datang jugak la
tuuuuu dia sibuk gak... terkekek2 ketawa tgk kami
yang bestnya kakak2 ni semua dah berusia... 50thn above
maknanya.... aku yang paling muda keh keh keh
kalo ada yang tinggal berdekatan
section 10, shah alam
roger2 la aku
jom la kita sihat bersama sama
hiks
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, March 19, 2010
Akid pun nak jugaaa...
hermmm
macam x sesuai je ayat di atas
haha
aku ni sedang mengalih perhatian blog ini
kepada blog lifestyle la yeah
hahahha al maklum la
beberapa entry lepas
menjadikan blog ini sudah bertukar genre
ahaks
sekarang kita bercakap tentang anakku
si akid
dia ni kan...... memang sedang grow
dan menjadikan aniq sebagai idola
eh... adik beradik... mesti la macam tu kan...
apa yang aku perasan
akid ni memang habis habisan akan ikut apa yang abang dia buat
apa saja la pe'el si aniq
dia akan cepat tangkap
apa saja minat si aniq
dia juga akan turut minat
kadang2 tu... dah macam kembar lak aku rasa
apa x nya
kalo beli chicky meal
aku purposely kena mintak free toy yang sama
kalo beli mainan kat tesco
mesti kena beli benda yang sama untuk akid
walaupun tertulis 'above 3 years' pada kotak
dia memang segigih2nya
akan usaha habis habis
merebut apa yang ada di tangan abang dia
walaweiiiii
tertekan owh
si abang pulak
mati mati x akan mengalah la kan
ni gambar 2 3 minggu lepas kot
bangun pagi2
dia terkam game boy abangnya
ye la... time hari sekolah
pagi2 aje yang dia boleh
godam sepuas puasnya
apa barang mainan abang dia
x tahu la simbolik apa
dia menang game tu ke hapa kan ahahhaa
nampak je macam terer
tapi dia ni x paham apa pun lagi
main tekan tekan aje la
padahal semua ntah ke mana2 dah jadinya
yang paling dia reti pun
game motor aje la
game tu ko main macam mana pun
tetap akan sampai ke garisan penamat
selekoh tajam ke halangan apa aje pun
tetap lepas punya
dia auto ride gitu
ermmmm.... muka sembab bangun tido
tapi kalo dah budak tu tetap budak gak la
comel aje di mata kita
kan kan kan
ini kalo muka aku bangun tido
mau bersepai korang semua
lari lintang pukang
hahahhahah ngeri ngeri
Friday, March 12, 2010
Kacang jawapan kepada contest lepas!
Thursday, March 11, 2010
Award Beautiful Blogger
alaaaaa x kisah la dapat ke idak ye.....
yang penting sumer orang
berhak rasa cantik...
hah amik amik
amik la korang
hehehehe
oh ada syarat lak award ni
jom tengok
1. Thank & link the person that gave you the award.
2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic
+ atty
+ neeza
+ ain
+ lina
+ kak umi
+ BD
+ chome
+ vender
+ Cath
+ achik
+ nurul
+ cik lin
+ izan
+ Dee
+ fiza
3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award.
4. State 7 things about yourself.
* my name: Siti Norazrina
* i'm a mother of 2
* happy go lucky
* friendly
* funny
* talkative
* beautiful (kuang kuang kuang)
adehai..... lemau la petang2 ni
lg pun dah lama x der award2
ok
chow
Wednesday, March 10, 2010
Contest - Teka Gambar dah Tamat.... dan Pemenangnya ialah....
kelako juga aku rasa
good try everybody
tapi kuasa memilih pemenang tetap di tangan aku
so aku dah ada pemenangnya
jeng jeng jeng....
*****drum roll*********
mengada-ngada la kan.......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
pemenangnya ialah
jawapan no 2 tu ye
di jawab oleh
kak ruby
helo helo
heloooooooooo
impian terlaksana eh...
nak sgt2 mesin jahit tu ye kak
TAHNIAH!
okeh semalam aku duk beriya la
nak edit posting ni
aternya mengupdate nama2 pemenang la kan
masalahnya
tools nya tidak lengkap
nak gambo sebenar objek yang telah
aku crop utk contest
ada di laptop kat rumah
so blk umah nak uploadkan
berukbeng gila punya selowww
terkial2 sampai aku tertidur
frsut seh
pagi ni duk rushing nak bawa seme barang
gambo pulak tertinggal
aisehmeng
guane ni weh!
kendian2 la aku upload kan ye
objek yang sebenar ialah
kacang tanah bersalut
ngeeeheeeeee
macam x reti nak explain
ada gambo baru best
maka kita tunggu gambo
apa pun kita dah ada pemenang
akak datang le umah eh
amik hadiahnya
wahahahhahahahhahahaha
Contest - Teka Gambar (UPDATE UPDATE!!)
jom teka jom.....
aku mencari jawapan terpaling tepat atau dekat
hadiahnya merupakan
penginapan 3 hari 2 malam
di rumah sendiri
ahahahhaha
adeh... acah aje...
belum terfikir sebenarnya
hadiah apa....
herm....
jap la aku pk...
sebenarnya idea wujud contest ni
adalah spontaneous
sesambil duk transfer gambar
dr mmc dslr aku
ke external hard disc
aku terjumpa gambar yang di ambil di putrajaya
lalu aku crop... terangkan skit... contrast nya aku ejas skit
maka
nahhh.... jadi la satu contest
ihikss
asik2 contest je kan
jgn blog peribadi ini
jadi blog contest seantero lak
alahaiiiiiii
apa pun....
sudi2 kan meneka
akan ku update hadiahnya
kemudian nnt
*******************update*******************
clues;
1. boleh di makan
2. ringan
3. telah di olah - maknanya bkn bentuk asal sesuatu
(best pulak clue ke-3 ni ek... abe yang bg ni hahha)
pemenang akan menerima
mesin jahit mini
gambar macam biasa akan di upload kemudian
rata2 dah tau agaknya
aku memang peminat mesin jahit mini
so rasanya
agak berbaloi kalo aku bagi hadiah
benda yang aku suka la kan...
orait
sila sila
clue 1 dah naik..... teka teka
hiks
clue 2.. tuuuuu ada dah tuuuu
ada yang x dapat tinggal komen eh...
okey la anda boleh email ke
itina_02@yahoo.com
atau
miezrina@gmail.com
jawapan anda tetap di terima
tarikh tutup contest
10.03.10 @ 12 p.m
cantik kan tarikh tu
hihihihihi
p/s: kepada penerima hadiah contest2 lalu
sila bersabar.... esok akan ku pos barangnya....
semoga dengan keizinan dari Allah
esok aku tidak lupa membawa hadiah tersebut
ke office untuk di pos... amin
Thursday, February 25, 2010
stuck!!!
dan, di sebabkan terlalu banyak entry tertangguh..... tiba2 jadi stuck idea.... x tau yang mana satu harus keluar dulu.... yang mana patut misterikan.... aduh complicated!... akhirnya segala entry ter'draft' di dalam benak otakku aje...... bagaimana itu?
setiap kali ada gerakan di hati untuk update blog... barang sebutir dua kata.... sebab dah ada segelintir teman pentingku mengemail tentang status update blog ini.... "what happen to your blog?"... "kenapa lama x der cerita tentang kamu sekeluarga?"... dan lebih dahsyat bila suami tanya... "na dah lupa password utk blog ker?" eh suami plak... entah sejak bila guna perkataan sopan macam tu.... hish... cik abe la... hiks... haaaaa tengok.... seolah2 macam dah x tau dah bila tahunnya last aku update.... walaweiiiiii.... stuck! di situ akhirnya.... bagaimana itu?
zalim betul aku bila rasa... masa 24 jam tu mcm x cukup.... segalanya nak di buat dalam satu hari..... haih.... rehat utk diri sendiri juga penting.... tapi matlamat dalam hidup aku..... ntah bila akan tercapai kalo asik duk keluh kesah..... adil sebenarnya Allah jadikan 24 jam itu = sehari.... semua umatnya dapat 24 jam sehari..... tapi apa yang membezakan umat yang dapat seimbangkan perjuangan duniawi mereka dengan akhirat yang hakiki..... aku? x abis2 mengungkit..... x cukup masa.... sebab... aku biarkan masa itu tinggal aku... bukan aku yang mengejar masa..... tahu... memang sedar... itu hakikatnya.... tapi... manusia biasa macam aku ni... memang begini...... suka biarkan diri STUCK!! in the situation like this!.... move! move! move!
owh.... aku bukan dalam mood yang x best sbenarnya.... aku bukan dalam kekeliruan... aku bahagia hari ini..... bahagia apabila dekat sangat diri ini dengan internet.... dengan dunia rakan2 di fb... yea hari ini aku ada satu rasa rileks akal.... walaupun jari jemari lenguh meng'reply' every single comment kat fb tu... tp aku rasa sangat rileks.... seronok dan gembira..... entry ini sebagai pemangkin movement yang lebih hebat di bulan akan datang......
owh....... cik abe juga dah ada facebook account..... korang add la OSMI OSMAN..... memeriahkan friend list dia.... ekekekkekeke....
esok hari baik untuk kita semarakkan.... jom sama sama kita..... pasang satu angan.....
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL..... **selawat**
Monday, February 15, 2010
AL-FATIHAH
Yang MAHA pengasih lagi MAHA penyayang...
sesungguhnya hanya pada-Mu
kami bermohon
Kau tempatkan arwah makcik ani
di kalangan kekasihMu Ya Allah
Kau tinggalkanlah kenangan
indah kepada ahli keluarganya
Kau limpah kurniakan
segala kebahagiaan buat mereka
permudahkan jalan mereka
menghadap apa saja dugaan mendatang
sesungguhnya
apa yang mereka alami
adalah sebenar-benar ujian dan ketentuanMu
demi menguji ketabahan
hati seorang insan
yang bergelar HambaMu
Ya Allah
rakan rakan sekalian
sedekahkan surah suci
Al-Fatihah
buat makcik ani
yang pernah aku kongsikan
kisah kemalangan ngerinya
di sini
'jika sudah tertulis'
info:
meninggal di hospital pada pukul 5.15 ptg, 14 Feb 2010
Wednesday, February 10, 2010
PEMENANG CAPTURE 07770!!!!
yayyyyyy!!!!!!!
ini yang di email kepada aku
dan hanya dia satu satunya pemenang
(alhamdulillah) wakakakka
apa lagi di tunggu
en penyu sila email detail anda
untuk seterusnya menerima pengeposan hadiah dariku
apa hadiahnya???
jeng jeng jeng
single induction cooker
alamak x ingat brand lak...
nnt aaa ada masa aku letak gambarnya
(asik janji nak letak gambar aje... akhirnya sampai ke sudah x letak2... harap2 en. penyu update la kat blog beliau... nnt korang tgk kat sana aje yer...)
p/s: dan termasuk pemenang saguhati follower ke 80 akan di pos juga okeh... bersiap sedia mummyseri ye....
Friday, February 5, 2010
berusaha tegar
dalam pada itu... aku juga cuba tegar dengan blog.... cuba komitmen kepada satu usaha yang aku penah sebut... kepada suatu tinta yang pernah aku mulakan.... x kan blog ini nak berakhir macam itu saja kan....
sebenarnya baru semalam (rabu) aku betul2 boleh jejak office... alahaiiiiii... x semena2 isnin lepas aku di forcce untuk ke kuantan.... pelabuhan kuantan tu..... setup office baru yang half way di tinggalkan oleh GM kami.... weiiiii keje aku cuci
penat memang penat... tapi seronok sbenarnya...... oh yeee.... nak tanya korang la kan.... korang rasa... pujian dan penghargaan itu, benda yang sama ker?
sila jawab sila sila..... nnt aku bitau apa sebabnya aku tanya gini
apa pun aku tetap nak cakap.... aku sedang berusaha tegar pada blog sendiri... insyaallah.... tegar tegar... keh keh keh
Monday, February 1, 2010
80th follower.... yayyy!
hermmm....
senyum melebar kejap
alhamdulillah
log in blogger je
terus kat dashboard aku nampak
jumlah follower aku
dah cecah 80 orang
weeeeeweeeee
alah
aku tahu
aku suka sangat hover
apa lah sangat 80 berbanding ngan korang punya
cecah... ratus ratus kan
hiks
x apa lah.... aku excited ni sbb
aku nak bagi cenderahati pada yang berjaya
menjadi follower ke 80 haha
(klik gambar untuk ke blog mummyseri)
ehem ehem
fewweettt mummyseri
boleh kenalan eheh
hadiahnya
merupakan
set pisau dari langkawi
kedai Hj Ismail Group
gambar hadiah
akan di upload malam nanti eh
sebab now x bawa pulak cablenya
TAHNIAH
mummyseri
keep in touch yea
daaaa.....
Friday, January 29, 2010
nothing
ada banyak nak di update
tapi sekarang mcm tertapis2 pulak
banyak lak yang kena sukat timbang
apa boleh lepas masuk blog
apa yang x harus masuk blog
aaaiiiiiii
x der sesapa yang tentukan menda ni
aku sendiri yang tiba2 rasa.....
ish... x per x per...
menda ni x payah cerita la kan
x per x per....
lenkali..... kita cerita eh
bye!
Thursday, January 28, 2010
ingat tak contest blog ini???!!!
korang ingat x contest blog ini
ingat tak?
haaaaaa kalo ingat, bagus bagus.... good!
kalo x ingat meh sini acik ingatkan
contest tanpa syarat ni
seme orang boleh join...
senang aje
korang mesti dapatkan capture number 07770
untuk jumlah pengunjung di blog ini
no. tu nun di sebelah kiri blog
kalo korang berjaya capture print screen itu
emailkan ke miezrina@gmail.com
dalam kadar segera....
ihiksss...
sebenarnya aku dah terfikir hadiah terbaik wokk yang aku nak bagi
haaaaaaaa
maka cecepat la korang hit that number
kalo 2 or 3 org yang berjaya
maka 2 or 3 hadiah la yg aku sediakan...
Selamat mencuba... okeh!
oh ye ye.....
ada satu perkara lagi
-klik gambar utk enlargekan-
korang nampak tak jumlah follower tu?
sapa2 yang follow aku sekarang
(hanya utk yg belum follow la ye)
maknanya
korang adalah follower ke-80
aku juga akan kasi cenderahati
ha'ah memang tengah bermurah hati sangat2
bulan ini bulan terbaik
sebab apa?... sbb oh.. adalaaaa... rahsia boley?
keh keh keh
jom korang
tekan button follower tu eh
1... 2..... 3!
go!
Saturday, January 23, 2010
"The Best Recipe Contest 2010"
bawal putih rebus serai
bahan bahan;
6 ekor bawal putih (size kecil)
3 batang serai (dititik)
5 ulas bawang merah (dihiris)
3 cawan air
garam secukup rasa
cara-caranya;
1. bersihkan ikan dan toskan
2. masukkan semua bahan dalam periuk
3. tutup periuk dan biarkan mendidih dengan api sederhana dalam 15 min
4. sedia di nikmati seisi keluarga
siap... satu resepi mudah
memenuhi diet dan sangat sihat
ini merupakan penyertaan aku untuk contest blog CJ go travel
http://www.cjgotravel.com/2010/01/best-recipe-contest.html
korang sila la join ramai2
meriah!
Thursday, January 21, 2010
Serang hendap sarang tikus!
penemuan paling besar dan sangat2 berasas.. di bilik belakang... bilik yang aku jadikan store ala ala gitu.. tapi terurus la juga bilik tu... sebab jika adik aku datang.. bilik tu la jadi persinggahan dia, x sangka bilik tu juga menjadi 'kantin' untuk tikus2.... serta tempat pembuangan sisa sisa makanan secara terlarang.... waduhhhhhhh..... menyirap darah
haaaa kau.... bersepah2 kan.... bukan takat sisa makanan tulang temulang dan kulit ikan 'jaket' @ cencaru, malah 'sisa' mereka juga melabak2 mereka tinggalkan..... haiii la tikus.... jangan la ko gangu lagi territory kami neh...... x mo dah aku terkejut2 melihat kaum tikus terjingkit2 ke hulu ke hilir bebas di dapur aku tu... macam kita sama2 bayar sewa pulak kan.... adoiiiiiiii
ini pula lokasi masih sama..... hasil zooming.... jelas kelihatan di situ..... korang nilaikan sendiri la.... betapa siksa ikan ikan di curi di seret..... adoiyaiiiiii... hah satu lagi.... tu pada kotak tu (aiseymeng! lupa lak nak zoom part tu), korang nampak x... lubang di situ... udah macam lubang tikus dalam siri kartun Tom&Jerry lak wei..... ish ish......
p/s: dah ada nombor pest control company..., 2 3 syarikat gak ni.... kang cuba call la mereka.... yang mana boleh uruskan project 'penghapusan kaum' ekekekkekekkekkeke
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, January 20, 2010
Time to Revenge!!
aku langsung x sempat tengok kejadian tu... tau2 je aniq dah meraung kuat giler!... ya allah terkejut sangat2.... memang x sangka la... cepat betul tindakan akid... akibatnya... luka berdarah la si aniq....
ish ish ish.... TIME TO REVENGE la agaknya eh.... dendulu kan main lagi aniq... pantang di bior.. sure nangis punya akid tu..... cepatttt je dia sakat adik dia tu haaa... now adik dah pandai melawan..... uiiiiiii pantang salah skit... sure kena punya lah si aniq tu..... alahai anak....
ihiks....
Tuesday, January 19, 2010
scary!!!!
malam tadi lagi tragis.... bila langkah berjaga2 telah kami lancarkan..... lobang2 yang di syaki telah kami tutup... makanan lauk pauk semuanya tersimpan rapi dalam peti ais (termasuk biskut yg belum di buka peknya....wakakakka)... sampah juga tidak akan di biar berada dalam rumah selepas jam 12 malam... ekekkekeke... maka kegelisahan tikus2 itu menjadi2... apa yang telah mereka serang.....?????
-scroll lagi ek-
nampak ker????
perasan x apa yang aku nak tunjuk sebenarnya?
okeh jommmmm kita zoom!
insya'allah ada masa bulan ni
memang aku nak panggil orang dari pest control
haiiii x tahan dah wei....
Sunday, January 17, 2010
contest: capture your number!
herm... perancangan untuk buat contest ni timbul pada 8/01/2010 ari tu.... hermmm tapi aku cuma sempat print screen saja.... cam contoh kat bawah ni haaaa...
apakah? herm contestnya adalah capture number..... number apa yang aku nak korang capturekan.... okey.... itu contoh aku capture number 7000... terkebetulan lak aku tersinggah di blog sendiri pada number itu.... cam best pulak kan.... so aku printscreen
skrg aku dah dapat number yang aku nak korang carik.....
iaitu;
bila dah berjaya printscreen yang itu... email lah ke miezrina@gmail.com.... lambat lagi tu number tu nak muncul... ater blog aku ni tidak lah semeriah kan.... so sempat la aku kumpul duit untuk berikan ganjaran best skit kat korang.... agak bior le berbaloi gitu kan...
so, harap ada la yang berminat nak participate yer.... hahahhaha
so the contest officially launch.... NOW! GOOD LUCK everybuddy!
Friday, January 15, 2010
Meleleh beb!
www.primochic.com. Maka setiap hari akan terima masuk di email aku, stok stok branded handbag, parfume and accessory yang menggetar jantung hati.... Bayangkan setiap hari, mendapat sajian sebegitu indah... Haiiii.... Meleleh beb..... Hahaha
Dan, dari semalam hingga ke hari ini.... Adoiiii.... X menahan duk terkenang2 yang ini.....
Adoiiii....
Fossil Kristy II Floral Leather Hobo Handbag #5804This is a pretty bag and a convenient bag for entire year. ;)
>> 100% brand new with tag.
>> Material: floral canvas and genuine leather trimming.
>> Comes with detachable wooden key charm.
>> Top zipper closure with platform bottom.
>> Interior: a back wall zipper pocket and multifunction pockets in brown lining.
>> Size approx: 14" x 11.5" x 5.5".
>> Price: RM395(postage included)■ Authenticity 100% guaranteed.■ Pre-Order Item (Delivery takes approx 3-4 weeks).
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.