Uh!! Follow me?

Thursday, October 27, 2011

Salam tak sihat :P

fuuuuuhhhhhhhhhhhh... tak sihat ye... eh eh tak lah yang tak sihat tu 3 4 hari lepas.. sekarang dah sihat dah.. dah okay! Alhamdulillah

ceritanya bermula dengan mak terkena cirit birit dan muntah-muntah, halahai kesian betul. Memang melepek habis la kiranya, 3 hari mak terdampar begitu, pucat lemah dan dehidrasi. Nasib masih baik sebab tak sampai masuk hospital ke hapa.

then, hari khamis lepas mak sihat, ayah pulak balik dari kerja terus melepek pening-pening pulak, dan cirit jugak! Alamak apa dah jadi? bawa gi klinik, sekali darah naik mencanak, 200+. Aiyooo! Datang pulak satu masalah kan, udahlah si ayah ni degil skit, dia bukan dengar kalau kita nasihat itu ini.

ooooohhhh belum pun sempat ayah sembuh, aniq pulak melepek, susah la kalo dia yang melepek sebab dia akan manja habis, syukur la minggu tu daddy is coming back. Adehai dalam lega hati aku ni, aku pulak dapat sakit, waduh-waduh apahal pulak kami satu rumah kena cirit birit wei, ha'ah aku pulak yang kena, letih weh, suunguh tak mampu nak bangun, nak ke toilet pun x berdaya lagi tapi terpakso den gagah kan juo. hehehe....

Episod mengunjungi klinik anak beranak la pulak hadohai, then daddy dah balik shah alam, aku terpaksa gak buat-buat sihat, ye la, aniq tu bukan boleh di belai nenek ke orang lain ke, idak mahunya dia, itu yang payah, lagi pulak budak yang membesar ngan bibik ni susah betul, tak boleh berdikari uiiiiiiii seme benda nak bertolong.... uwaaaaa tensi tensi.

tapi....... Alhamdulillah syukur ya Allah. kami sekeluarga sudah pun sihat sepenuhnya. Pergi la jauh-jauh episod sakit tu, boleh berangkai-rangkai pulak lepas sorang sorang silih berganti. Nasib jugak tak kena kat si Akid n Atif sama, lagi haru la kalau gitu.....

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



amin... senyum :)

No comments: