eceh.... saja la kasi upkan blog aku ni.. sebab rasa kemalasan mula melanda.. ooohhh cepat-cepat catch up balik... sebelum rasa jemu pada blog itu datang lagi.
kalo ikutkan memang terlampau banyak la yang aku nak update, tapi itu la... banyak betul gangguan. bukan senang nak jadi mummy IT ni kan ihiks.. aaiiihhhh gila banyak betul kerjanya kat rumah ni. tapi tak mau la merungut itu ini, biasa la keje rumah, bila la nak habis ye dak? dah setahun lebih pun aku menjadi suri rumah
owh ye... rasanya.. aku x pernah story lagi pasal kehidupan aku selepas berhenti kerja, macam mana boleh berhenti dan apa yang aku buat? betul tak? okeh don't worry yea... Insya'Allah sikit sikit akan keluar cerita tu dalam blog kecintaan aku ni. pelan pelan right!
diam tak diam, rupanya dah 1 tahun, 4 bulan dan 13 hari aku menjadi penganggur, atau lebih tepat menjadi suri rumahtangga. tapi sebelum ni aku menjadi bisneswomen sekejap jea, dan ada perkara berlaku lalu perniagaan itu terbengkalai.. itu cerita lain tahun la kan ngeh.. oh... dan aku tak pernah serik untuk menceburi bidang perniagaan lagi... Insya'Allah sebulan dua ni, bisnes baru aku akan di war-warkan pada korang eh....
dah lama nak cakap ni, aku sebenarnya sangat-sangat respek hormat pada suri rumahtangga yang pernah aku kenal dan bakal kenal mungkin, dan pada kakak ipar aku jugak. macam mana korang semua boleh begitu hebat sekali menjaga rumahtangga, anak-anak dan segala rutin rutin lain yang aku rasa, TAK SANGGUP! aku pernah rasa down gila, rasa kerdil aje bila betul-betul jadi surirumah dan tidak membuat apa-apa kerja atau aktiviti yang membuahkan hasil, maksud aku duit la kan. serius aku tak boleh hidup tanpa mencari duit! ngeh ngeh!
haaa ni, raya aidiladha pulak! walawei... jadi sopan shopping tau... punya pandai jimat cermat aku sekarang ni.. maunya tak.... sumber hanya datang dari satu sudut... waduh waduh bagaimanakah? erm... tak apa la, doakan, dan aku harapkan projek yang bakal aku buat tak lama saja lagi mendapat berkat dan di permudahkan olehNya.. amin...
berbalik pada raya yang bakal tiba ni, rasa macam tak raya pun ya jugak.... aktiviti kami akan di penuhi dengan aktiviti bukan macam nak raya... macam berbelit di situ... bukan apa, kami ada majlis rasmi lain sebenarnya. pada raya ke-2 nanti, adik ipar aku a.k.a adik abe akan melangsungkan pertunangannya dan adik aku sendiri si Encem lagi Gagah, Azrumi jugak akan bertunang iaitu pada 11.11.11 hahhhhhh mana ada mood rayanya, ye dak?
okeh ini cerita random la kan.... daripada tak ada sebarang update, baik cerita ini keluar. kasi meriahhhh!!!!
korang? surirumah ker? raya korang macam mana?
ps: jom la berkenalan, tinggalkan link posting korang... insya'Allah miezrina akan jengah.....