sampai bawa ke police report bagai kan
ekekekekekekkeke
ok
meh nak story skit
aku ni pengguna setia telco yang satu ni je
dari zaman aku study
dari zaman nama nya TM touch
sampai skang dah tukar jadi celcom
aku memang guna telco ni je
x der maknanya aku nak tukar2 bagai kan
tup tup
aku terima
sampul U Mobile
uiksss...
bil sampai kat alamat kampung aku
so mak aku agak bil tu memang aku punya
biasanya aku memang tau pasal apa2 bil sekali pun
so tidak la orang tua itu
mahu menggegar aku ke hapa
dia anggap aku tau pasal tu
dia agak dlm bulan 2 bil tu mula sampai ke rumah
dia buat derk je lah
then amasa aku balik kampung baru baru ni pun
memang la aku x der nak cek
bil apa ke hapa
udahnya memang aku balik terus jadi busy bee kan
sibuk giler
x dan nak rehat pun
then
last week
adik aku cek kotak surat
sekali ada la bil U Mobile atas nama aku
dia pun bukak la
sekali tengok
uihhhhh bill dah beratus2 kan
ada 2 nombor
dua dua pakai nama dan alamat aku
dia terfikir
no mana lak ni?
tidak pernah lak aku menelifon beliau
guna nombor tu kan
terus dia call aku bertanya hal itu
aku lagi lak pelikkkkkkkk
siapa pula 'siti norazrina' yang lagi satu ni kan
yang sewenang2 pakai identiti aku ni
uikssss
ini kes pelik
terus aku minta adik aku bawa bul2 tersebut
sebab memang adik aku ada hal di kl
and akan datang ke rumah aku
itu kandungan repot akuteliti aku tulis semenya
setelah dapat nasihat daripada
pegawai U Mobile yang berkenaan
aku pun buat la repot polis
menafikan bil berkenaan
nanti derang akan terminate la nama aku
so x der la rekod yang aku berhutang ngan depa ke hapa kan
uissss sib baik boleh buat gitu
kalo idak
mati kejung pun aku x kan bayar bil2 mala'un tuh
haaaaaaa tu dah geram la tu kan
bil2 berkenaan
ini draft repot akuihikssss...
dan ini cetakan komputerpegawai polis yang amik repot aku neh
cakap
memang U Mobile paling banyak kes gini
derang daftar nama orang pakai ejen kan
so kalo kita siasat usul kan perkara2 mcm ni
derang pun x leh kata apa
sebab derang cakap kesilapan ejen2
eeeeehhhhhhhh sesenang je kan korang
x per lah....
tiap kali ada kes... orang wat repot
tiap kali itu jugak
korang terminate nama derang2 nih dari rekod korang
so korang la rugi
dek kerana nak sale best
dek kerana korang nak untung cepat
balik balik korang yang rugi balik kan
nasib badan la
aku
sebagai orang yang x bersalah
x der kena mengena ngan U Mobile ni
aku tetap mempertahan kan hak aku
x kan aku nak bayar lak
'berak' orang yang x bertanggungjawab kan
aku baru je selesai berususan ngan pihak U Mobile
derang dah terima faks aku tadi
yang ada repot polis, surat penafian aku,
copy IC aku yang aku palang besar2 (beringat... bahaya bahaya)
copy bil2 berkenaan
so harapnya
lepas ni x der dah bil yang sampai atas nama aku lagi
mintak simpang
adeh

