Uh!! Follow me?
Tuesday, January 17, 2012
air mata rindu!
alamak... buat title tadi dengan niat mood penulisan adalah sedih..... ermmm tapi tu la... dah hati tengah happy kan... memang tak dapatlah nak feeling2 syahdu ye dak?
kisahnya.... 6.05 a.m tadi suami telah tiba di teratak bondaku... tempat aku dan anak2 menumpang teduh... menitis air mata syahdu! gituuuuuu... hehe....
Alhamdulillah.... dapat aku rempuhi perpisahan yang agak lama ini dengan cukup tenang dan tabah... biasanya abe akan balik 2 minggu sekali... tapi dek kerana tuntutan tugas dan macam2 kursus plak kan..... so terpaksa la dia tidak balik selama genap sebulan... huhuhuhu.... kesiaaannnnnnnn
TABAH? tak perlu kata apa2 tentang TABAH, sebab diam x diam aku berjaya juga harungi segala penat lelah perit jerih ragam anak2.. ye la, awal bulan ari tu duk sibuk ngan buka sekolah, mana aniq dengan tempat baru, mana akid dengan pengalaman pertama bersekolah..... atif pulak eeeehhhhhh atif x der masalah... nenek dia cukup handal handle cucunya yang seorang itu... manja dengan nenek dan thttp://www.blogger.com/img/blank.gifo'ki.... selamat mummy hehe
ha'ah situasi amat berbeza dengan entry lama dulu... ingat tak? yang ini.... Alahamdulillah aku memilih untuk tinggal bersama mak... aku menemani emak.. emak menemaniku wahahahahaha
RINDU? gila kau tak rindu.... waduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tak berjumpa sehari pun bagaikan tak cukup ayat nak cakap rindu.. inikan pulak lama macam ini... dan jauhhhhh pulak dari mata.... herm.... kesian....
tapi.. jika di banding rindu aku dan anak2 pada dia.... lagi dahsyat rindu dia pada kami... kannnn abang? kami rindukan abang seorang.. tapi abang rindukan kami berempat! weeehuuuuuuu .... cepat la gegar Bukit Aman tu bang..... SATUKAN KAMI SATUKAN KAMI!!!!!! :p
okaylah.... cukuplah entry ini.... banyak2 tulis sini merugikan masa kami utuk bersama sama berkongsi rasa mata tentang mata hati berbicara... ahaks.... haaa itu aje lah..... apa korang fikir? wehhhhh SIANG ni weehhhhh ahaks!
Saturday, January 14, 2012
PINK cintaku... ewahhh
adehhhhh..... ntah apa akal lak... suka sgt pink pink sekarang
hiks.... pakai layout yg tersusun gini cam best pulak yer....
orait.... lepas ni begini lah rupa blog kesayangan aku
(yang kadang2 terbiar tanpa kasih sayang tu)....
moog pink mungkin datang bersama aura coretan lebih ligat
doa doa............. amin....
tinggalkan korang dengan post yang ini seketika...
ada sedikit editing bakal di buat pada background...
dan seperti selalu terjadi "ntah bila boleh siap"
weeehuuuuu.... chow dulu lerrrr
komen font skit..... ada Ok kah?
Thursday, December 22, 2011
owwkkeeyyyy (OK)...
thanks all.....
hari ini aku buka blog d pc ber'screen' 17 inches and... aku dapat tgk sendiri betapa lembab background tu loading dan duk terpacak centre kat tgh2.... ada space kosong lak kat tepi kiri kanan view... adeihhhh celaru ok..
sayangnya aku x bleh nak print screen utk paste kat sini sbg kenangan keh keh keh
x pa x pa... akan ku godeh balik... tapi x leh janji bila siap sebabnya.... kalo godeh pakai notebook mmg x dapek la sbb view kat notebook sungguh indah sudah... almaklumla lebar screen nya hanya 13 inches
kalo korang x hadap nak nengok blog ni dlm keadaan gini korang pejam la mata dulu... nnt aku betulkan aku panggil korang komen ehhhh
tq all....... muahsssss!!
Tuesday, November 1, 2011
...catch up!!!!
kalo ikutkan memang terlampau banyak la yang aku nak update, tapi itu la... banyak betul gangguan. bukan senang nak jadi mummy IT ni kan ihiks.. aaiiihhhh gila banyak betul kerjanya kat rumah ni. tapi tak mau la merungut itu ini, biasa la keje rumah, bila la nak habis ye dak? dah setahun lebih pun aku menjadi suri rumah
owh ye... rasanya.. aku x pernah story lagi pasal kehidupan aku selepas berhenti kerja, macam mana boleh berhenti dan apa yang aku buat? betul tak? okeh don't worry yea... Insya'Allah sikit sikit akan keluar cerita tu dalam blog kecintaan aku ni. pelan pelan right!
diam tak diam, rupanya dah 1 tahun, 4 bulan dan 13 hari aku menjadi penganggur, atau lebih tepat menjadi suri rumahtangga. tapi sebelum ni aku menjadi bisneswomen sekejap jea, dan ada perkara berlaku lalu perniagaan itu terbengkalai.. itu cerita lain tahun la kan ngeh.. oh... dan aku tak pernah serik untuk menceburi bidang perniagaan lagi... Insya'Allah sebulan dua ni, bisnes baru aku akan di war-warkan pada korang eh....
dah lama nak cakap ni, aku sebenarnya sangat-sangat respek hormat pada suri rumahtangga yang pernah aku kenal dan bakal kenal mungkin, dan pada kakak ipar aku jugak. macam mana korang semua boleh begitu hebat sekali menjaga rumahtangga, anak-anak dan segala rutin rutin lain yang aku rasa, TAK SANGGUP! aku pernah rasa down gila, rasa kerdil aje bila betul-betul jadi surirumah dan tidak membuat apa-apa kerja atau aktiviti yang membuahkan hasil, maksud aku duit la kan. serius aku tak boleh hidup tanpa mencari duit! ngeh ngeh!
haaa ni, raya aidiladha pulak! walawei... jadi sopan shopping tau... punya pandai jimat cermat aku sekarang ni.. maunya tak.... sumber hanya datang dari satu sudut... waduh waduh bagaimanakah? erm... tak apa la, doakan, dan aku harapkan projek yang bakal aku buat tak lama saja lagi mendapat berkat dan di permudahkan olehNya.. amin...
berbalik pada raya yang bakal tiba ni, rasa macam tak raya pun ya jugak.... aktiviti kami akan di penuhi dengan aktiviti bukan macam nak raya... macam berbelit di situ... bukan apa, kami ada majlis rasmi lain sebenarnya. pada raya ke-2 nanti, adik ipar aku a.k.a adik abe akan melangsungkan pertunangannya dan adik aku sendiri si Encem lagi Gagah, Azrumi jugak akan bertunang iaitu pada 11.11.11 hahhhhhh mana ada mood rayanya, ye dak?
okeh ini cerita random la kan.... daripada tak ada sebarang update, baik cerita ini keluar. kasi meriahhhh!!!!
korang? surirumah ker? raya korang macam mana?
ps: jom la berkenalan, tinggalkan link posting korang... insya'Allah miezrina akan jengah.....
Thursday, October 27, 2011
Salam tak sihat :P
Thursday, October 20, 2011
weeehuuuuu rupa baruuu!!!
cewah cewah
Wednesday, October 19, 2011
presenting my new baby boy
-masa ni lebih kurang setengah jam selepas di lahirkan-
putera ketiga ni di anugerahkan nama
Atif Nujaid bin Osmi
(penyayang, keberanian, bantuan)
ini gambar terbarunya
setakat ni bab-bab pilih nama ni
memang aku konker 100% la
paling2 mesti maknanya baik-baik
macam2 buku jugak aku refer
iya lah
orang kata
dari nama tu boleh jadi doa
kalo hari-hari kita sebut
dan dalam hati duk ulang la maksud nama tu
insya'Allah
apa yang kita hajatkan masa memberi nama dia tu
akan sikit sebanyak terikut juga
lagi-lagi kalo mak sendiri yang sebut (doakan)
kita dah buat yang terbaik, Allah pasti ada bersama2 kita kan
owh ya.... sekarang jarang dengar nama pelik2 kan
gabung2 nama bapak n mak la bagai
dah x berada ada dah sekarang ni kan
alhamdulillah
moga semua anak2 kita
di kurniakan hati yang bersih
dan kehidupan yang cemerlang gemilang terbilang
amin
note: Aniq Naufal (yang kacak lagi menawan hati, pemurah, dermawan)
Akid Nifail (yang kuat, teguh mantap, pemberian, hadiah, kelebihan)
Sunday, October 16, 2011
nuf nuf peram peram masak ha ha
Saturday, October 15, 2011
Ingatan untuk diri sendiri dan kawan2....
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Kredit : Pengukir Kata
countdown 5... 4.. 3.. 2... 1 GO!!!!!
Saturday, August 28, 2010
sepi
x yah nak spekku apa2 la yer....
aku memilih utk berdiam seketika
ala2 lama giler jugak tu
sbb aku perlu dan di perlukan utk menguruskan sesuatu
ada la sedikit urusan yang perlu aku lakukan
demi masa depan
masa depan aku, anak2 dan keluarga aku
kdg2 terasa juga hendak menulis
menulis ni kan syok
dpt meluahkan apa yang perlu di luah
dpt mengubati duka resah
dpt juga memujuk hati
bila mendpt komen2 positif rakan
kini aku dah x nak sepi
aku ingat nak mula menulis blk
tapi kekerapannya bagaimana
belum dpt ku janjikan
aku x dpt putuskan lagi
namun
izinkan aku menumpang lagi di ruangan blogger ini
menumpang mengadu nasib
berkongsi suka duka
yang penting
ingin kembali bersama rakan2 di blog
yang aku rasa..... kamu kamu dan kamu
lebih jujur......
maka..................
hai awak... selamat berkenalan ngeheeee
Wednesday, June 23, 2010
Dah besar rupanya dia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, May 20, 2010
kepada yang rindu
erm x per la...
aku just nak up entry ringkas utk kwn2 yang duk tanya2
apa kes dendiam
blog pun cam nak reban dah...
x der update....
x der khabar...
busy la i..
ermmm...
sebenarnya ada je ruang utk online...
tp tu la..... ntah apa kesnya
mcm terhad je masa utk blog
then macam terlalu byk nak story
tp satu hapa pun x dpt di tulis
blur alang gitu la
tunggu la one day ek
aku siap2 kan segala entry yg bersawang dlm draft
(udah basi tp nak jugak up kan)
hari ni macam nak buat entry
tp tertangguh2...
siap upload gmbr half way
daaaa x tau nak bikin ayat mcm mana
now
nak kuar makan lak
sebab kul 2 ada training ngan big client
haihhhhh
busy lah
til then
chiow!
Tuesday, May 4, 2010
keluh resah
engkaulah ratu hatiku
bila ku berduka
engkau..
hiburkan selalu
ibu ibu
engkaulah
ratu hatiku"
mata bengkakcover mekap itam + eye liner tebal
tapi kantoi gak
seme org tahu gak
aku duk keluh resah
ya allah
dugaan apa ini
kadang kita sudah cuba yang terbaik
untuk memuaskan
hati semua pihak
tapi ada seperkara dua
yang kita akan terlepas pandang
manusia biasa memang begitu
nukilan utk mak:
mak na tahu na x sebagus yang di harapkan
insya'allah akan di perbaiki
mak jangan sedih2
nnt na lagi sedih
na mintak maaf
na memang belum dapat
membahagiakan mak
seperti mana mak bersusah payah
membahagiakan
kami adik beradik
mak merupakan inspirasi na
na nak jadi seperti mak
sekuat dan setabah mak
bukan wang ringgit yang di kejar
bukan pangkat yang di gilai
tapi maruah..
na buat semua ni demi maruah
na x sempat buat mak faham
segala-galanya
tapi na x mungkin dapat memuaskan
hati semua orang
terima kasih kerana sudi berkunjung
ke rumah na yang serba kekurangan
terima kasih
dan maaf...
.
.
.
.
.
.
isk isk isk...
-sambung nangis-
Wednesday, April 21, 2010
Membaca jambatan ilmu
Ke hulu ke hilir
Semput aku nengoknya
Nah.... Amik buku ni
Belek!
Yg x tahannya buku pasal travel tau
Wakakkakakaaka
Owh Sekarang berada di klinik
Adik aku a.k.a pengasuh anak2
sakit perut dah 2 hari
Tp x cakap pun
Patut la nampak pucat aje hah
X bermaya
Harap2 la x der yg serius
Amin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, April 15, 2010
IKEA - posting berbangkit (BASI)
dah terlalu lama draft ini tersimpan
aduyai.......
sementara x dak gambar lain
atau mood untuk nak menceritakan perkara lain
tu masih lagi x wujud...
maka apa kata
hari ni kita keluarkan cerita2
lama koleksi basi
keh keh keh.....
salah satunya
cerita tentang lawatan rasmi ke IKEA
herm
aku jarang la sampai IKEA tu
kalo di kira...
sejak berada di shah alam ni
x lebih dari 5 kali kot aku berkunjung
ke IKEA
masalah la skit kan
abe tu bukan suka pegi tempat2 gini
kang kalo aku pegi situ
membelinya idak
atau hanya membawa pulang saketul vase kaca
wahahahhaha
mahu dia banned terus itu IKEA
jadi,
aku kena teliti katalog IKEA
kena kumpul wang berjuta (exaggerate!)
baru boleh sekali harung
grab je apa yang aku dah list
keh keh







aku anggap
gambar tanpa caption itu
boleh mentafsir cerita yang ingin aku sampaikan
malas betul nak susun balik gambar2nya
bior lantak dia berterabur di situ
korang paham2 kan aje ye
hah cuma aku nak story pasal gambar ini aje
eh ehbukan nak tunjuk tuan tanah yang memang sedia
aku nak tunjuk view background tu haaa
korang rasa kami angkut barang2 tu semua naik apa?
wahahahhahahhaha
jenuh mendap absorber myvi aku
mana x nya
membeli belah x hingat space nama dia
aduiii
abe membebel2 aku terkebil2
wah jadi pantun dua kerat apa ntah
aku letak cerita ini dalam koleksi 'my casa'
okay
al-maklumlah dari bila ntah janji nak update deco umah
sampai la ni
x tercapai dek akal....
kita pelan2 kayuh eh
tunguuuuuuuuu....
Friday, March 26, 2010
taichi.... aktiviti terbaru ku

dari awal tahun ari tu....
sampai la ke hari ini....
aktiviti terbaru aku
taichi
bersenam secara kesihatan persekitaran
hikssss... mcm best bunyinya kan
kadang2 kalo lambat sangat tu
x datang jugak la
tuuuuu dia sibuk gak... terkekek2 ketawa tgk kami
yang bestnya kakak2 ni semua dah berusia... 50thn above
maknanya.... aku yang paling muda keh keh keh
kalo ada yang tinggal berdekatan
section 10, shah alam
roger2 la aku
jom la kita sihat bersama sama
hiks
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, March 19, 2010
Akid pun nak jugaaa...
hermmm
macam x sesuai je ayat di atas
haha
aku ni sedang mengalih perhatian blog ini
kepada blog lifestyle la yeah
hahahha al maklum la
beberapa entry lepas
menjadikan blog ini sudah bertukar genre
ahaks
sekarang kita bercakap tentang anakku
si akid
dia ni kan...... memang sedang grow
dan menjadikan aniq sebagai idola
eh... adik beradik... mesti la macam tu kan...
apa yang aku perasan
akid ni memang habis habisan akan ikut apa yang abang dia buat
apa saja la pe'el si aniq
dia akan cepat tangkap
apa saja minat si aniq
dia juga akan turut minat
kadang2 tu... dah macam kembar lak aku rasa
apa x nya
kalo beli chicky meal
aku purposely kena mintak free toy yang sama
kalo beli mainan kat tesco
mesti kena beli benda yang sama untuk akid
walaupun tertulis 'above 3 years' pada kotak
dia memang segigih2nya
akan usaha habis habis
merebut apa yang ada di tangan abang dia
walaweiiiii
tertekan owh
si abang pulak
mati mati x akan mengalah la kan

ni gambar 2 3 minggu lepas kot
bangun pagi2
dia terkam game boy abangnya
ye la... time hari sekolah
pagi2 aje yang dia boleh
godam sepuas puasnya
apa barang mainan abang dia
uikss.... kiss lakx tahu la simbolik apa
dia menang game tu ke hapa kan ahahhaa
nampak je macam terer
tapi dia ni x paham apa pun lagi
main tekan tekan aje la
padahal semua ntah ke mana2 dah jadinya
yang paling dia reti pun
game motor aje la
game tu ko main macam mana pun
tetap akan sampai ke garisan penamat
selekoh tajam ke halangan apa aje pun
tetap lepas punya
dia auto ride gitu
ermmmm.... muka sembab bangun tidotapi kalo dah budak tu tetap budak gak la
comel aje di mata kita
kan kan kan
ini kalo muka aku bangun tido
mau bersepai korang semua
lari lintang pukang
hahahhahah ngeri ngeri
Friday, March 12, 2010
Kacang jawapan kepada contest lepas!
Thursday, March 11, 2010
Award Beautiful Blogger
alaaaaa x kisah la dapat ke idak ye.....
yang penting sumer orang
berhak rasa cantik...
hah amik amik
amik la korang
hehehehe
oh ada syarat lak award ni
jom tengok
1. Thank & link the person that gave you the award.
2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic
+ atty
+ neeza
+ ain
+ lina
+ kak umi
+ BD
+ chome
+ vender
+ Cath
+ achik
+ nurul
+ cik lin
+ izan
+ Dee
+ fiza
3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award.
4. State 7 things about yourself.
* my name: Siti Norazrina
* i'm a mother of 2
* happy go lucky
* friendly
* funny
* talkative
* beautiful (kuang kuang kuang)
adehai..... lemau la petang2 ni
lg pun dah lama x der award2
ok
chow






