Uh!! Follow me?

Tuesday, September 29, 2009

Salam Syawal....

fuhhhhhh...
penat!
ihiksss... penat wei beraya
hinggakan aku termuntah2 dalam perjalanan
menjejaki rumah sedara mara aku
al maklumlah
keadaan sekeliling sudah banyak berubah
sudah ada pembangunan
sesat barat la kami semua
2 hari berturut2
menjejaki rumah saudara mara
mak dan arwah ayah
adoihhhhh
pusing pusing!

selama 6 tahun kebelakangan ini
raya yang kali ini lah
yang paling banyak jejak rumah orang
huishhhh
pecah rekod lah

di sini saja nak kecoh
kronologi raya Tahun 2009

17.09.2009
2.00 pagi - memulakan perjalanan dari shah alam ke felda chiku 1, gua musang
4.40 a.m - tiba di gerai tom yam area bukit tungku utk bersahur
7.05 a.m - tiba di perkarangan rumah mertua, felda chiku 1
3.00 p.m - baru bangun dari lena hahhahah
8.30 p.m - keluar ke bandar gua musang utk last minute shopping kasut raya adik ipar
11.00 p.m - balik rumah dan tidur

18.09.09
11.00 a.m - sedikit kerja2 persiapan raya; kemas rumah, pasang langsir, abe n the gang pasang lampu 'lip-lap', and etc.
9.00 p.m - aktiviti 'damdimdum bunyi mercun' .... meriahhhh

19.09.09
adik ipar dari tampin tiba
1.00 p.m - abe n the gang memasang kipas siling dan lampu
9.00 p.m - sekali lagi acara 'damdimdum bunyi mercun'
10 p.m - keluar ke bandar gua musang utk jemput abang ipar yang sulung sekeluarga pula tiba

20.09.09
1 a.m - adik adik ipar telah bertungkus lumus memasak (aku? dah terbungkang x hingat dunia dah) menu: nasi minyak, kari daging, ayam masak merah, acar timun, sambal dan rendang ayam. tapi nasinya adik ipar x tahu resepi pulak... hahahha
6.30 a.m - aku memulakan operasi memasak nasi minyak. nasib baik menjadi hehehhe
7.45 a.m - aku satu keluarga dah bersiap. gila paling awal. x mahu berebut2 sebab lepas solat hari raya, aktiviti menziarah pusara seperti biasa. kang x pepasal ketinggalan pulak kang.
sempatlah bergambar kami berempat
8.00 p.m - bbq raya!
11.30 p.m - bertolak ke kampung halaman ku pula, jerteh

satu satunya gambar keluarga kecil ku

cucu atok abah (kecuali dua mak orang tu ler)
ini sepatutnya ada 2 lagi cucu
tapi masa ni belum sampai lagi depa

kakak dan adik
waaahhhhh perahsangnyerrrrrr ahahhaha

macho

cute

couple

21.09.09
2.00 a.m - tiba di rumah, sunyi sepi. semua ketidoran... hahahhaha sedih x der orang sambut kepulanganku hahahhahaha
6.30 a.m - bangun, tengok mak dah siap2 perap satay ayam... WOW!
8.10 a.m - start membakar satay dengan abang yang sulung.
11.00 a.m bersiap2 untuk memulakan kembara hari raya. mencari rumah saudara arwah ayah di kelantan. gigih betul cucu cicit ini. dapat lah jejak 4 buah rumah saja, mendapat sedikit info dari yang tua untuk menyambung kembara keesokan hari pula.
11.00 p.m tiba di rumah, tido.

22.09.09
9.00 a.m - memasing breakfast meriah, dengan masakan pior kelantan, nasi berlauk wallah!
11.00 a.m - menyambung Kembara hari raya! kali ini dapat 3 buah rumah, 1 rumah tidak berpenghuni, pergi beraya agaknya. alhamdulillah, cukup la utk 2009. macam macam kisah, macam macam kenangan, setiap rumah akan mensayukan hati. biasalah orang lama, penuh dengan air mata, hati mereka cepat tersentuh, berpuluh tahun agaknya tidak melihat cucu dan anak saudara ini, maka runtuhlah air mata mereka dan kami juga. sayang adik yang bungsu tidak dapat ikut serta. insya'allah kalo tiada aral... kami akan jadikan kembara ini satu aktiviti tetap setiap kali raya jika di beri kelapangan cuti yang panjang seperti Raya 2009 ini. alhamdulillah... syukur...

23.09.09
lepak kat rumah jer
abang long pun dah balik ke kuantan hari ini
malamnya menghabiskan baki mercun dan bunga api yang ada.


24.09.09
banyak kenduri kendara, kan main lagi semua berebut2 kahwin
4.30 p.m kami dan keluarga abang ngah ke pantai melawi, mencari remis
kan main besar gabak remis kat sana
x seperti masa kami kecil2 dulu


11.45 p.m - kami bertolak ke pekan, pahang utk menghadiri kenduri tahlil arwah atok aku yang kembali ke rahmatullah pada 1.08.09, alfatihah.

25.09.09
persiapan dan kenduri tahlil berjalan lancar

26.09.09
lepak baraya menghabiskan hari cuti di rumah abang long

27.09.09
5.00 p.m bertolak pulang ke shah alam
tapi singgah UiTM jengka, menghantar sepupu dan kawannya.
alhamdulillah jalan tidak lah sesak seperti tahun lalu.

ini koleksi gambar
dalam perjalanan kembali ke shah alam
anak bujang pantang ngan henfon skang
x main game mesti snap gambar
walaupun ala2 gempa bumi
hasilnya... hahahha

sepupu

peace

minum dulu

smile

28.09.09
terpaksa extend cuti lagi sehari
sebab pengasuh anak2 telah mengambil cuti tanpa pengetahuan, dia ingat sudah bagitahu aku, tapi haram x der cakap hampeh, pengasuh kedua (siti) juga masih bercuti raya, 3 hb nanti baru habis cutinya. masak la aku kalo macam ni.
so terpaksa lah aku import sepasang pengasuh
iaitu adik ipar aku... awie dan isterinya
2.00 p.m - pengasuh alternatif ini tiba... alhmdulillah

29.09.09
sudah mula bekerja
dan masih dalam mood raya sakan
alhamdulillah
hihihihihi


SEKIAN

7 comments:

attyfir said...

sakan na beraya..
palin besh ..g umah sedara yg lama tak pegi kan na..

mesti banyak citer..lelama terimbas kembali ..

Neeza.Areef said...

amboi pjg dia becerita...aku kan na dah bli dah tudung ct tu tp haram x berpakai pun..

ceh..akak dgn adik ya...wahahhaha...

ensem tul menantu aku lengkap besamping besongkok pkai baju melayu..mintak duit raya skit..hihi

sian ko smpai2 kg tade org sambut ya..takpe la at least mak ko dah siap2 perap sate wehh...tunggu dlm diam la tuh

miezrina said...

ha'ah kak ty... byk cerita.... dan paling sedey... bila ramai yg memuji2 arwah ayah... sedeynya...

za ~ wahahhaha aku pun memula cam x mo pakai... last2 ajak adik ipo laram sekali... ada gang... baru menjadi hahaha
kasi can la kakak gemuk nak perahsang hahahha
ihikss... kasi la duit singgit mak oiii
huhuhu... itu ler pasalnya... x dak org sambut.... lewat sgt sampai... hahahha

myQza said...

wah!!! rangkuman entry panjang hari raya...

x menahan tgk gambo kakak adik tu. ekekekekek

achik mama oja said...

wehh.. panjangnya.. loteh khatam..hehhe!!

syoknya hang berguling cari remis... jd budak² balik la nooo...

sepupu tu sapa?? lydia ker?? dam tombam skit je nampak...

miezrina said...

wahahhahahha gelak eh... sabo jerk... kasi lah peluang hahahhaha

miezrina said...

chik... itu bukan lydia.... adik dia... myra....

hang kena cakap makin kurus sbb dia lost 12 kgs.... marvelous