Uh!! Follow me?

Thursday, April 16, 2009

rindu kawan lama

**postpone dulu entry kampungan ku**



masa cuti kat kampung ari tu
blackberry ku berkelip2 lampu merah
menandakan ada agenda berlaku
sama ada miss call
atau sms
atau pun email

jadi aku bergegas buka lock fon itu
and tengok
ada mesej masuk kat inbox yahoo mail aku
lantas buka
ohhh! email dari rakan lamaaaa
rakan cyber
oh rinduuuuu bangattt

setahun juga tidak dengar khabar berita kan
alhamdulillah persahabatan kita
masih mendapat restu
masih boleh berhubung
masih ingat lagi akak kat na yang kerdil ini
ihikssssss

kami berbalas email 3 4 kali
dan ahad lepas
kak ruby menghantar gambar mereka sekeluarga
ohhhhh!!!! rindu sungguh
sudah besar anak2 akak yer

(setelah mendapat kebenaran boleh la tempek)
adehai.... nak recall memori skit nih

akak ruby ni aku kenal masa berforum di mesra.net
tahun 2004 macam tu kenal
and
aku menghilang
x masuk lagi dah mesra.net tu
sampai la tahun 2005
hujung tahun gitu lah
baru aku join balik mesra.net
masa tu mencari2 balik rakan2 lama
dan salah satu yang ada dalam inbox pm aku
nama kak ruby ni lah
dekat dalam tu ada no telefon
terus malam tu aku buat call
alhamdulillah
akak ruby masih pakai no itu
terus ku pakat
aktif balik dalam mesra.net
masa tu aku mengandungkan si aniq
wahhh seronok betul
antara rakan2 lain
neeza (sembonia), kak tie (attylong), ain (ain82),
kak faiza (umi_aliesha), lina (lina), lynn (mystery_gurl)
and bd (babydear)
itu antara yang rapat lah
yang sekepala
adusssssss kenangan tu

x sangka betul
rakan2 di alam cyber pun
boleh jadi rakan karib
dari alam cyber
jadi alam realiti
(kecuali lina n lynn yg aku x jumpa lagi.. bila nak jumpa nih?)

sekarang ni kak ruby dah pindah ke terengganu
ohhh amat payah nak berjumpa di alam cyber lagi
sudah tidak berpeluang nak chatting macam dulu
bergossip macam dulu
berforum macam dulu
alahaiiiiii rindu betul

aku harap
kami semua masih boleh
membina persahabtan ini
kekal sampai bila2
insya'allah

ini antara koleksi ekslusif
yang x penah di tayang di blog aku
gambar visit yang terakhir dari kak ruby

tengok lah anak bujang ku
kecil2 lagi gatal sungguh
kiss anak dara orang wakakkaka

kami menghabiskan masa 2 hari 1 malam
serasa macam x puas
tapi perpisahan x boleh nak elak jugak
kak ruby membuat keputusan
berhijrah ke kampung halaman
x apa la
walau di mana berada sekali pun
selagi hayat di kandung badan
ingat lah persahabatan kita
ada yang tersilap terkasar bahasa
jangan di simpan di dalam hati
mana tahu
anak kau terbekenan kat anak aku
anak aku.. cinta anak kau
kita berjumpa lagi nanti kan
x gitu besen ihikssss

Wednesday, April 15, 2009

hahaha

okeh siap dah edit blog ni
serba sedikit ejas html
supaya masuk tema skit kan
cantik x?
huhuhuu

bakal menyusul entry
balik kampung lah


Thursday, April 9, 2009

cuti suka ria

cantik x header baru?

cantik x background picture?

oh bukan itu nak kasi inform nih

aku nak bagitau

aku akan bercuti dari 10.04.09 - 14.04.09

so.... agak2 ada yang rindu?

kah kah kah

TAG gambar profile

aku rasa aku kena tag ni
atau aku x kena tapi
aku buat
ntah

lupa dah aku
ater lama sangat dah tag ni
aku save kat draft
hari ni aku decide keluar kan
adeh
PEMALAS
ye aku tau
sorry yea kepada yang tag
nanti aku korek2 balik
aku cari sapa yang tag aku
(malu diri sendiri)

1. Letakkan gambar profile anda.


2. Terangkan apa maksud gambar itu.

hermmmm maksudnya anak2 aku, eh x paham lah... maksud?... okay gini lah.. letak gambo anak2 si jantung hati, maknanya aku sayang derang, ingat derang je setiap saat.. boleh?

3. Kenapa pilih gambar itu?

again, gambar anak2 sebab sayang anak2, adeh boring je jawapan haha... rasanya aku pernah letak gambo aku... gambo seperti kat profile mybloglog ke hapa... x ingat dah... then gambo ni ku tukar sebab ingat x masa aku buat header baru.. ada 3 design, dan korang banyak vote design ni... so dari aku kelupaan.. aku letak lah gambo ni... gitu

4. Tag 5 lagi blogger!

5 ker? alahai... x per lah... ingatnya... kerana aku duk lengah2kan tag ni.. rasanya semua orang pun dah buat kan... so x per... next time aku tag... huhuhu

Wednesday, April 8, 2009

guna voucher

masa beli kete ari tu
aku ada voucher tinted
RM200
jadi lah kan

niat memula nak buat tinted air cool
selesa ngan air cool dah
tp sebab voucher yang dapat tu
untuk tintmaster punya kedai
yang x der brand air cool
so terpaksa la pilih promo tintmaster
o.k jugak lah
since yang aku pilih
boleh filter UV rays sebanyak 89%
kalau banding ngan air cool 99%
x jauh beza kan?

gedebuk gedebak
proses tempek menempek tu dalam 1 jam lebih jugak
then siap tu aku inspection skit
ada la ternampak
tinted cermin driver tu
macam terkoyak skit
derang tersalah potong
so ada tempat lopong
terus bukak balik
and potong yang lain
tempek balik
another 15mins macam tu
siap!

then masa sign invoice
and pembayaran
si supervisor tu terangkan lah
macam mana nak jaga tinted ni
dalam masa 7 hari semua
bla bla bla
and dia kasi lagi voucher 50% untuk kereta kedua
and... x der tarikh luput lak tu
yang bagus pasal tintmaster ni
waranty 7 years
wahhhh!
lama betul

hoooraaayyy
tidak lah seperti terbakar
atau di panggang lagi
bila memandu

sebelum n selepas

dapat tag dr achik a.k.a mama Oja

Tag SEBELUM & SELEPAS...

di sebabkan yang mengetag aku membuat cerita sebelum dan selepas yang berkaitan ngan hidup seorang gadis muda remaja, isteri seterusnya ibu..
so aku pun nak wat cerita itu jugak lah kan
tapi cerita aku..
cerita berkait dengan MISI aku
eceh tetiba nak MISI jugak
tiru neeza wakakakka

o.k aku nak buh gambo sebelum dan selepas yang harap2nya
dapat menaikkan semangat aku
untuk menurunkan berat badan
uwaaaa aku mmg kn...
uwaaaaa


Sebelum bersalinkan akid:
berat sebelum pregnan adalah 51kg (gambar nnt aku upload..)
ada dlm folder mana ntah
dan sebelum bersalinkan akid 69kg


wahhhh tengok pipi je dah tau
beratnyaaa badan


Selepas bersalin:

yaaa
ini selepas 60 hari bersalin

49 kg



ini lak selepas 7 bulan

nampak gemukkan

adoiiii
dan last sekali setelah 10 bulan melahirkan akid

ms ni berat dah 58 huaaaaaa...
x sanggup


adoiiii
i know
i know
kena diet
sebab baju2 vougue telah tidak sesuai utk di peragakan
huaaaaaaaa

kalo nak buat tu je
boleh ker?
alaaa boleh la chik nooo
nnt2 aku dpt blk gambo2 yg ada
aku buh lg
o.k...

adehai tag
ngeri aku lah
wahahahhahah

Tuesday, April 7, 2009

di hari cuti part 2


kisah apa lagi ni
siap ada part2 pulak
hahhahaha
macam hebat benar hari minggu aku
hahahahhaa

aku nak memperkenalkan
aktiviti bersama keluarga
yang amat menyeronokkan
hahhahahha

dengan kos murah, selamat dan yang penting
anda enjoy!
hahahahhahaha

memperkenalkan
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
aktiviti pertandingan memancing di dalam rumah


hahhahahahhaha
serius aku x tahu
permainan ini
akan menjadi begitu seronok
teruja
ihiksss
bertambah seronok bila
selalu menang
wakkakakka
bila aniq menjerit2 tidak puas hati

dari awal permainan dia hanya mendapat seekor ikan

tapi mami belum pun sampai suku masa pertandingan
dah dapat mengumpul banyak ikan
wahahahhahaha
seronok begitu kan

dan
lagi seronok bila
daddy balik
daddy turut berlumba2 untuk memenangi
pertandingan memancing tersebut
aduhhhhh

tapi aktiviti ni
kurang sesuai untuk anak yang lebih kecil
x pasal2 kang dia makan ikan ikan yang korang pancing tu
hehhehehe
so hati hati ye
make sure dia dah merajuk
membawa diri
main menda
atau sepah sepahkan
kabinet

port favorite akid
tekan2 button yang ada
tertekan button 'on' home theater
dan terkesima dek bunyi kuat
dari home theater
itu sudah biasa :P